Sinopsis Drama Syurga Nur Akasia TV3

Syurga Nur Akasia kini menghiasi pula slot Akasia Tv3 menggantikan drama Dai Isteri Luar Biasa.
Drama ini dilakonkan oleh pelakon antaranya Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Dayana Roza dan Sheila Rusly.


SINOPSIS SYURGA NUR SLOT AKASI TV3


syurga nur



Drama Syurga Nur mengisahkan kehidupan perit Nur Jannah (Janna Nick) yang menjadi anak yatim piatu berikutan ibu bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya. Nur yang sering didera oleh dibawah jagaan ibu saudaranya iaitu Alin (Raja Ilya) terpaksa melarikan diri dari rumah dan terjumpa Sarina (Sheila Rusly). Mujur Sarina yang baik hati mengambil Nur sebagai anak angkat dan menjaga Nur bagai menatang minyak yang penuh.

Sarina yang mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Namun, tidak lama kemudian Kamil telah jatuh hati terhadap Nur. Bagaimanapun, Kamil telah dijodohkan dengan Siti (Dayana Roza). Bagaimanakah kisah percintaan Kamil dan Nur boleh terjalin? Nantikan drama Syurga Nur hanya di Akasia TV3. 

0 comment... add one now