Resepi Semperit Dahlia Sedap

Tak habis lagi dengan kuih semperit, kali ni saya nak kongsi pula variasi lain kuih semperti ni. Iaitu semperit Dahlia.

Ni kalau jumpa kat rumah mana-mana masa raya ni, confirm habis licin.hehe..
semperit

Resepi Semperit Dahlia


Bahan-bahannya:


  • 250 gram mentega
  • 125 gram gula kastor - mummy tak suka manis
  • 250 gram tepung *
  • 125 g tepung kastad *
  • 125 gram tepung jagung *
  • 3 biji kuning telur (saiz B)
  • 1 camt esen vanila
  • secubit garam
  • ceri/sebarang hiasan yang korang suka......


Cara membuatnya:

  1. Ayak bahan-bahan yang bertanda (*)
  2.  Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga menjadi kembang,
  3.  Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi sehingga sebati.
  4.  Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.
  5.  Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. 
  6.  Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

0 comment... add one now