Resepi Mama Carey Sukatan Cawan

Kita teruskan lagi edisi kuih raya kali ini. Kali ini resepi biskut mama Carries ataupun mama carry. Ini pun boleh dikateogrikan sebagai kuih ataupun biskut raya yang popular juga.
mama carries

Resepi Mama Carrey


Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  •  2 1/2 cawan mentega/marjerin
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2/5 cawan gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • 1 biji putih telur
  • 2/5 100gm gula icing
  • 1sudu besar tepung jagung
Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
***utk HIASAN***
Pukul putih telut hingga gebu.
Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
Sapukan putih telur keatas biskut
Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

0 comment... add one now