Resepi Kuih Semperit Raya

Kuih semperit ni antara kuih yang wajib ada kalau pergi ke mana-mana rumah ketika beraya. Wajib kena ada ni. Zaman sekarang ni, orang dah tak ramai buat kuih raya macam ni. Kebanyakkannya beli je. Beli online. nak buat sendiri memang jaranglah orang nak buat.

Kalau korang tak tahu kuih semperit ni yang mana satu, alah, yang bentuk macam bunga ros tu, dan ada jelly kecik kat atas. Macam gambar bawah ni.

semperit


Demi menyahut galakan menteri "berjimat cermat", maka saya kongsikan resepi untuk membuat biskut semperit ini.

BAHAN-BAHAN:


  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 280 gm tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 100 gm kismis


CARA MENYEDIAKAN:


  1. Pukul mentega sekali dnegan gula sehingga menjadi kembang.
  2.  Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
  3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
  5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.

0 comment... add one now