Punca Pergaduhan di Low Yat

Isu hangat sangat sekarang ni. Sampaikan orang lupa satu isu sebelum ni yang sangat hangat juga.

Sebenarnya,apa yang terjadi di Plaza Low Yat. Bagi pembaca yang tak tahu apa benda Plaza Low Yat ni. Plaza Low Yat merupakan satu tempat "syurga" membeli belah gadget.

Hampir semua gadget ada di tempat tersebut. Pengalaman saya selama 5 tahun di KL. Plaza Low Yat ni kalau nak beli kena ada ilmu mengenai gadget yang korang semua nak beli.
pergaduhan lowyat

Antara maklumat yang korang kena tahu adalah harga pasaran gadget yang korang cari. Tahu harga pasaran, susah sikit kena tipu. Sebab dekat plaza Low Yat ni tag price ataupun tanda nama memang susah sangat nak jumpa. Apa yang ada hanyalah kalkulator untuk menujukkan harga best price untuk anda.

Secara peribadi,saya tidak menyukai cara tidak meletak harga gadget, dan perlu bertanya ni.

Saya selalu ke Low Yat cuma membeli aksesori kecil seperti earphone,cable,casing. Sebab ada juga kedai  di tempat tu yang tayangkan harga. Selalunya kedai-kedai besar.

Jadi, apa punca pergaduhan? saya sendiri pun tak tahu. Sebab saya tidak berada di tempat kejadian. 😁

Apa yang saya boleh katakan adalah hentikan sentimen perkauman. Kerana ia cuma membawa kerugian.


0 comment... add one now