Petua Melebatkan Rambut Secara Semulajadi

Keguguran rambut merupakan perkara yang selalau berlaku pada sesiapa sahaja hari ini. Rambut boleh dikatakan aset yang dapat menambahkan nilai luaran seseorang.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut adalah stress dari segi fizikal dan juga emosi, ketidakseimbangan hormon, kekurangan nutrisi, pencemaran alam, alergi, tersalah guna produk penjagaaan rambut, tidak menjaga rambut, dan juga mungkin disebabkan oleh keturunan.

If you have thinning hair, there is no need to spend money on expensive treatments and products. There are many natural remedies to help you get thicker and voluminous hair.

Jika anda mengalami rambut semakin nipis dan gugur, anda tak perlu belanjakan wang ringgit kepada rawatan mahal dan juga produk. Terdapat banyak rawatan semulajadi yang dapat membantu anda mendapatkan rambut yang kembali lebat.

3 Cara Untuk Mendapatkan Rambut Lebat

telur

1. Telur
Rawatan protein adalah amat berkesan untuk mendapatkan rambut yang lebat dan kuat. Untuk rawatan protein, bahan yang terbaik adalah telur.

Ambil satu atau dua telur, bergantung kepada panjang rambut anda, pecahkan. Sapukan telur tersebut pada rambut anda yang basah dan biarkan ianya selama 30 minit. Basuh rambut dengan air suam dan syampu.
Anda boleh gunakan cara ini sekali atau dua kali seminggu.


2. Minyak Zaitun 


  • Masaj rambut anda dan scalp menggunakan minyak zaitun yang suam, dan biarkan ianya 30 minit hingga 45 minit. 
  • Bilas ia secara rata menggunakan syampu. 
  • Anda juga boleh membiarkan rambut anda semalaman dan bilas ia esok pagi.
3. Avocado


Avocado juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut dan melembutkannya. Tambahan pula, vitamin E dalam buah ini menyumbang kepada pertumbuhan rambut secara sihati ke akar rambut anda.

  • Campurkan avocado dan pisang yang telah dicincang dengan satu sudu minyak zaitun.
  • Masaj pada scalp anda, dan biarkan campuran ini selama 30  minit pada kepala anda.
  • Birkan kepala dan rambut anda menyerap nutrisi pada campuran ini.
  • Kemudian bila menggunakan syampu.




0 comment... add one now