Maksud Refurbished Iphone dan Smartphone Lain

Satu istilah yang menjadi pertanyaan orang ramai ketika membeli phone adalah "refurbished'.
Apakah yang dimaksudkan dengan refurbished ni?

Selalu kita dapati harga refurbished phone adalah jauh lebih murah dari harga original sesuatu smartphone ataupun iphone.

Entri kali ini akan menerangkan secara ringkas dan padat mengenai maksud sebenar refurbished.
refurbishend phone
sumber gambar: amanz

Maksud Sebenar Smartphone Refurbished

  1. Jika direct translate, refurbished membawa maksud dibersihkan ataupun digilap.
  2. Smartphone refurbished bukanlah barang tiruan ataupun clone.
  3. Ianya masih lagi smartphone yang original.
  4. Selalu jika terdapat kerosakan semasa penghasilan di kilang, ianya akan dihantar semula untuk dibaiki. Ditukar part-part dalaman seperti motherboard, kamera, cip dan sebagainya.
  5. Adakalanya refurbished ini datang dari smartphone second hand.
  6. Apa yang bezanya dengan original adalah refurbished ini menggunakan bahagian third part seperti body, bateri, motherboard dan kamera. 
  7. Tidak dinafikan ianya masih boleh berfungsi seperti biasa, namun tahap ketahanan adalah amat diragukan.
  8. Cuba fikirkan sparepart barang dari company itu sendiri vs third party sparepart. Nak pilih mana?
  9. Tidak salah menjual barang refurbished, namun bagi tahu kepada bakal pembeli bahawa anda menjual refurbished set.
  10. Apa yang salah adalah menjual refurbished set dengan heading yang mislead seperti "Original set", 'new Set"



0 comment... add one now