Koleksi Cerpen Cinta Selepas Kahwin

Mencari cerpen berkisarkan cinta selepas kahwin? berikut dihimpunkan beberapa koleksi cerpen cinta selepas kahwin yang boleh anda baca. Ianya digarap daripada beberapa blog tempatan Malaysia. Selamat Membaca.


bercinta selepas nikah



CERPEN 1

Tajuk : Kemaruk Cinta Halal
Penulis : Blog ini


Masjid yang sekangkang kera pun perlu menggunakan kereta, geleng kepala Afeefa mengenangkan nasib abangnya Hasbi Afifi yang di paksarela menjadi Pemandu Khas pengantin, atas arahan Nenda. Mak Busu punya kerjalah ini, ada ke dikeluarkan kenyataan mengarut yang mana Pengantin Perempuan tidak elok berjalan kaki panas-panas macam ini. Mana dia belajar tidak tahulah.
Hasbi Afifi membukakan pintu untuk membolehkan Afeefa melangkah keluar. Rasa sebak menjentik hati Afeefa. Keikhlasan dan keluhuran satu-satunya saudara kandungnya ini sungguh menyentuh hatinya. Airmata yang ingin menerjah cepat dikesatnya lembut.
“Nur Afeefa Jawahir, abang tak ada apa-apa yang mampu untuk menunjukkan kasih sayang abang pada adik. Terimalah restu abang yang tidak terhingga pada calon suami adik. Abang yakin, dia mampu bimbing dan jaga adik dengan baik. Terima kekurangan diri dia, sayang dia sepenuh hati dan jangan ingkar suruhannya. Abang sentiasa bersama adik walaupun adik sudah menjadi isteri, Zaim,” Hasbi Afifi berpesan sebaik sahaja Afeefa melangkah keluar dari kereta. Tangan Hasbi Afifi di salam dan kucupnya lama. Hati halus Afeefa cukup tersentuh.
“Terima kasih abang,” ucap Afeefa perlahan.
Sejarah hidup mereka yang berliku dahulu, membuatkan mereka begitu akrab dan sangat memahami satu sama lain. Zaim, calon suami pilihan keluarga yang Afeefa tidak kenal langsung. Afeefa tidak mahu tahu langsung, siapa bakal suaminya. Biarlah dia kenal dan bercinta sesudah terucapnya lafas aku terima nikahnya dengan sempurna.
“Ishhh menangis pulak, sudahlah tu. Efa kena senyum saja, mulut tu jangan buka. Nanti semua orang pengsan,” pesan Hasbi Afifi.
Betul kata Hasbi Afifi, Afeefa kena ingat akan perkara itu. Saudara mara semua belum tahu yang Afeefa sudah pulih dari trauma yang menyebabkan dia bisu lebih sepuluh tahun lalu. Berkat rawatan yang tidak putus-putus yang diusahakan oleh Atuk dan Nenek kini Afeefa mampu bercakap seperti orang normal semula. Namun disebabkan kebiasaan diam dan selesa menggunakan bahasa isyarat membuatkan Afeefa tetap dengan imej bisunya itu. 
Langkah kaki Afeefa diawasi oleh puluhan mata yang memandang. Bila melihat Khalil dan Muntaz yang tidak habis-habis memetik pemacu kamera, hilang gugup hati Afeefa. Dia tersenyum senang. Gembira dengan kehadiran teman jurugambar yang sama bekerja dengannya di Studio Kasih. Afeefa memberikan kerjasama yang menarik dengan sekejap senyum, sekejep sengeh, sekejap nakal. Sukahati dia saja bergaya macamana untuk menarik perhatian jurugambar. 
Masuk saja dalam masjid terlihat Pengantin Lelaki sedang duduk segak. Dia sibuk   menulis pada borang yang di bawa oleh Tok Kadi. Muka tidak nampak sebab dia membelakangkan pintu utama.
‘Alhamdulillah. Itu bakal suamiku. Dari susuk tubuh aku dapat rasakan ianya seorang pemuda yang sedap mata memandang. Tak sabar pulak rasanya nak bercinta. Hahaha… vitamin G tersalah ambil pagi tadi kot, ada ke dalam masjid pulak boleh gatal. Tidak kena langsung. Makan lagi gulai masam rebung. Memang sah-sah lah aku sudah miang nak bercinta…hahaha,’gelak Afeefa dalam hati.
Afeefa duduk di atas bantal pengantin yang terletak di sebelah kanan bersama tetamu perempuan yang lain. Nenek, Nenda, Mak Busu berada di belakangnya. Afeefa membetulkan duduk simpoh sopannya di bantal. Kalau bukan majlis pernikahan, memang Afeefa bercadang untuk duduk bersila saja. Senang, tidak terkepit-kepit sopan macam ini.
Kepala di angkat memandang pada Tok Kadi. Mata tidak boleh tutup. Kepala tidak mahu kaleh tempat lain. Pengantin lelaki manis saja tersenyum. Kepala macam tidak mahu memproses maklumat yang diedarkan. Tidak mungkin? Sungguh tidak mungkin dia?
Tangan Afeefa laju bergerak, berbahasa isyarat.
“Boss besar?”
Lelaki yang dipanggilnya Boss Besar itu tersenyum membalas juga dengan bahasa isyarat.
“Iya, kenapa?”
Raut wajah yang tidak bersalah sungguh.  Sempat lagi dia berbalas bahasa  isyarat dengan Afeefa. Mata Afeefa tercari-cari kelibat Pengantin Lelaki yang lain. Bukannya nak tengok muka Boss Besarnya kat masjid ini pulak. Dia masih nak tahu siapa Pengantin Lelakinya.
 “Mana pergi pengantin lelaki saya?” soal Afeefa dalam bahasa isyarat.
Boss Besar sudah tergelak kecil. Afeefa memandang pada Nenek, kemudian pada Atuk dan Hasbi Afifi. Mereka hanya senyum mengganggukkan kepala saja. Mulut Afeefa ternganga tidak percaya. Kenyataan yang sungguh tidak disangkakan.  
“Pengantin lelaki boleh bercakap kan? Bukan bisu, saya tak ada pengalaman lagi nak menikahkan orang bisu dengan bahasa isyarat,” jenaka Tok Kadi bila melihat Afeefa berinteraksi dengan pengantin lelaki menggunakan bahasa isyarat. Gamat masjid dengan gelak sopan dari hadirin. Afeefa tersipu malu dengan pelbagai persoalan besar di kepala. Boss Besar?
“Saya boleh bercakap Tok Kadi,” Ammar Zaim sudah malu. Pengapit kacak di kiri kanan pun tersipu malu. Ishhh memang binggung Afeefa macam ini, mana satu Pengantin Lelaki ini.
“Pengantin perempuan boleh cakapkan?” soal Tok Kadi terarah pada Afeefa. Dibalasnya dengan anggukan kepala. Malu siut, Tok Kadi baling soalan macam itu. 
“Ikutkan senarai semak di sini, semua borang nikah kahwin ini sudah diisi oleh kedua-dua pengantin, wali dan saksi. Saya nak juga dengar sendiri dari mulut pengantin perempuan, sudi ke tidak saya nikahkan Cik Nur Afeefa binti Jawahir dengan Encik Ammar Zaim bin Dato Jameel yang berwalikan abang kandung, Hasbi Afifi?” soal Tok Kadi.
Afeefa sudah tercengang. Nama yang disebutkan sebutir-sebutir oleh Tok Kadi membuatkan seluruh jantungnya bergetar. Mata masih terarah memandang pada Ammar Zaim. Anggukan kepala perlahan dan isyarat tangan diberikan bagi menjawab soalan Tok Kadi.
“Iya, saya setuju,” dalam bahasa isyarat.
“Maaf Cik Nur Afeefa, saya tak faham bahasa isyarat cik. Anggukan kepala itu yang saya faham, tandanya setuju. Betul ke Cik Nur Afeefa setuju?…. Bukan apa nak sahkan saja, sebelum saya mulakan upacara ini,” senyum Tok Kadi.
Afeefa tengok Ammar Zaim sudah tersengeh lucu. Sudah pasti dia sedang mentertawakan Afeefa yang lurus. Ishhh! Tidak boleh buat kawan betul. Tok Kadi ini pun satu, tidakkanlah di sekolah tidak ada mengajar bahasa isyarat yang senang macam itu. Bebel Afeefa dalam hati. Baru sekarang terfikir, alangkah bagusnya jika sebelum ini dia membuat pemintaan untuk mendapatkan  perkhidmatan Tok Kadi yang faham bahasa isyarat, tidaklah malu sangat macam ini. Senang sikit nak kawtem.
“Saya setuju,” jawab Afeefa pendek.
Semua dalam masjid memandang Afeefa tidak berkelip. Tidak percaya yang Afeefa boleh bersuara. Merdu suaranya. Kini rahang Ammar Zaim pula yang terjatuh, pertama kali mendengar suara Afeefa.  
“Sedap pun suara, dengar tu pengantin lelaki. Tadi dia tak percaya awak ni pengantin lelaki dia. Sekarang baru dia percaya dan setuju” senyum Tok Kadi.
‘Opocottt… Tok Kadi faham bahasa isyarat. Ya Allah! Malunya aku. Itulah mengumpat lagi dalam rumah Allah,’ bisik Afeefa dalam hati.
Muka Afeefa sudah tunduk memandang karpet masjid yang cantik, sorok muka. Mak Busu yang duduk di belakang Afeefa sudah mendekat dan membisik.
“Habislah Efa lepas ni kena serbu. Semua orang nak dengar suara gemersik yang Efa sorokkan itu…hehehe,” usik Mak Busu. 
Banyak pesanan yang dititipkan oleh Tok Kadi akan tanggungjawab suami dan isteri sebelum mereka dinikahkan. Ulangkaji dari yang pembacaan dan majlis usrah yang pernah Afeefa hadiri sebelum ini. Tugas sebagai isteri, tugas sebagai suami. Hak isteri, hak suami. Semuanya diperkhabarkan oleh Tok Kadi. Rasanya hampir sejam jugaklah mereka mendengar kutbah nikah dulu. Afeefa sudah dua tiga kali berkalih duduk, sesemut.
“Aku terima nikahnya Nur Afeefa binti Jawahir dengan mas kahwinnya seribu seratus sebelas ringgit tunai,” lafas akad terang lagi nyata dilafaskan oleh Ammar Zaim. Sempat lagi dia mengenyit mata pada Afeefa setelah disahkan oleh saksi dan Tok Kadi.Kureng asem punya Pengantin Lelaki! 
Alhamdulillah, selesai. Majlis berjalan dengan lancar. Tiada lagi yang perlu Afeefa bimbangkan tentang siapa jodohnya dan lain-lain persoalan yang menerjah mindanya sebelum ini. Doa di mohon dan diaminkan oleh semua. Ammar Zaim bangun berlalu ke depan untuk menunaikan solat sunat.
“Selamat pengantin baru, kakak ipar,” usik Anis.
“Jahat. Tak nak kawan,” Afeefa sudah merajuk pada teman baiknya Anis merangkap adik iparnya juga. Mengekek Anis ketawa.
“Anis… abang kaukan rambut panjang. Bila masa pulak dia tebas habis,” usik Khayla, seorang lagi teman rapat Afeefa.  
“Kau pun tahu ke Khayla?” Afeefa terkejut.
“Hehehe… aku tahu semalam. Masa pergi rumah Anis,” cerita Khayla.
“Eeeeee… jahat. Tak nak kawan,”
“Janganlah macam tu. Penat abang saya tebas habis rambut kesayangan dia untuk isteri tersayang,” usik Anis.
Boss Besar sudah potong rambut panjang dia. Ehhh! Mustahil mungkin dia sorok dalam songkok kot. Tidak masuk akal sungguh. Afeefa sudah terfikir untuk melihatnya sendiri malam nanti. Hahaha miang!
Ammar Zaim bersama dua pengapit yang kacak bergaya menghampiri Afeefa yang diapit dengan jelitawan dunia, Khayla dan Anis.  Seorang daripada mereka sangat dikenali Afeefa, siapa lagi kalau bukan Ilman Firas Boss Kecik, Studio Kasih, seorang lagiallahualam Afeefa tidak kenal.
“Assalamualaikum, sayangku,”
Sapa Zaim dengan bahasa isyarat mesra sekali. Afeefa sempat menoleh melihat Tok Kadi yang memerhati sambil tersenyum. Afeefa membalas kembali senyuman Tok Kadi dengan lirikan mata malu.
“Waalaikumsalam, boss besar. Boleh cakap biasa tak, Tok Kadi pun faham bahasa isyarat? Saya malu,” balas Afeefa dalam bahasa isyarat juga.
Dengar suara Tok Kadi sudah mengekek ketawa dalam iman. Afeefa senyum malu, manakala Zaim geleng kepala lucu. Sempat juga mata menjeling pada Nenek, Atuk dan Hasdi Afifi yang faham bahasa isyarat. Nampak mereka pun ketawa juga.
‘Ishhh pengantin lelaki ni memang nak kena cium ini. Opppsss!’ rungut Afeefa dalam hati.
“Ehemmm... Afeefa, izinkan abang sarungkan cincin kahwin kita,” ucap Zaim lembut.
Afeefa hanya membiarkan tangan kanannya  ditarik lembut untuk disarungkan cincin bertatah pertama zamrud di jari manisnya. Zaim mendekatkan bibirnya di dahi Afeefa lalu dikucup lembut. Inilah pertama kalinya, diri Afeefa di sentuh oleh lelaki yang bukan muhrim. Aurat yang selama ini cukup diperlihara agar dengan cermat akhirnya selamat dicemari dengan penuh halal oleh seorang lelaki bergelar suami. Alhamdulillah syukurnya, terima kasih Allah.
“Boss lama sikit…tahan…, tahan…, tahan. Nak dapatkan short cantik ni,” arah Khalil.
“Efa jangan merah sangat pipi tu, nanti gambar kita tak cantik,” usik Ammar Zaim di sambung pula dengan bahasa isyarat yang mereka berdua yang faham.
“Abang jatuh cinta pandang pertama dengan Efa. Kekurangan Efa ini yang melengkapkan abang. Peace yooo!” ucap Zaim dalam bahasa isyarat.
            Kaku tangan Afeefa untuk berbalas kata selain memandang lembut mata Ammar Zaim. Di situ boleh dilihat dirinya indah sekali. Kenyitan mata nakal sahajalah yang mampu dibekalkan untuk mengurangkan rasa gugup setelah bertukar status dari pekerja kepada isteri Zaim yang sah. Tidak terfikir untuk menikahi majikannya sendiri.
Usai upacara salam sembah, barulah mereka melalukan acara bebas. Melayan tetamu. Mereka menghampiri meja tetamu dan semestinya meja bulat menempatkan keluarga Studio Kasih. Semua ingin meraikan majlis perkahwinan boss besar dan jurugambar kreatif di Studio Kasih.
“Boss, memang macam pinang di belah dua,” puji Rofifah.
“Terima kasih,” ucap Ammar Zaim memeluk bahu Afeefa mesra.
“Bercinta senyap-senyap,” sindir Eryna Imanina sedikit terkejut bila dimaklumkan yang Ammar Zaim akan bernikah dengan Nur Afeefa jurufoto muda di Studio Kasih.
“Efa, sendiri pun tak tahu saya ni calon suaminya. Inikan pula orang lain.  Baru nak nikah tadi dia tahu saya ni suami dia,” senyum Ammar Zaim jelas nampak lagi kelucuannya.
“Serius?” Eryna Imanina tak percaya. Mana ada orang nak kahwin tidak tahu siapa calon suaminya.
“Emmmm,” Afeefa anggukkan kepala sahaja. Sempat lagi berbahasa isyarat pada Ammar Zaim.
“Tak nak cerita depan saya. Saya malu,” pinta Afeefa dalam bahasa isyarat.
“Itu yang sweet tu. Bahasa cinta yang kita semua tak faham. Mesti Efa tengah cakapI love you,” usik Ilman Firas. Muka Afeefa sudah tidak tahu nak letak mana. Ammar Zaim hanya sengeh lucu. Comel wajah Afeefa bila membuat wajahnya malu begitu.
Watch out Firas,” amaran lucu dari Ammar Zaim.
“Am, tak nak kenalkan aku ke kat isteri kau ni,” suara pengapit kacak yang seorang lagi.
Relaxlah, tak menyempat. Efa kenalkan, ini kawan baik abang dan juga business partner abang kat Arkitek Firm, Ahmad Khairani,”
“Hai Efa,” Ahmad Khairani menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun di sambut oleh Ammar Zaim.
“Isteri aku, tak salam dengan orang yang bukan muhrim,” balas Ammar Zaim yang tahu akan cara Afeefa berinteraksi dengan lelaki yang bukan muhrim. Afeefa menyilangkan tangan kanan di dada sebagai tanda hormat.
“Ooooo,” balas Ahmad Khairani.
“Okey guy, makan kenyang-kenyang ya. Aku nak layan tetamu lain,” Ammar Zaim menarik tangan Afeefa ke meja lain pula.
“Ooooii, Efa tu jurugambar kat Studio Kasihkan? Kenapa macam ustazah aku tengok? Tidak macam yang lain,” komen Ahmad Khairani.
“Dalam ramai-ramai kat Studio Kasih, memang Efa ni alim sikit. Cukup masa nak solat dia akan berhenti kerja macam itu saja. Kami semua dah faham benar kerja dia. Kerja dia memang bagus, cepat siap. Kami gelarkan dia Doraemon, idea kreatif mencurah-curah,” cerita Khalil.
“Habis tu model-model yang pakai baju tak cukup kain tu tak kena sound ke?” Ahmad Khairani senyum sinis ingin tahu.
“Tidak, sebab semua tahu dia ni bisu. Tak banyak cakap. Cara dia sikit sebanyak buat Mr Andrew taukeh modelling sendiri pun tabik spring pada dia. Dia professional. Islam tidak halang seseorang itu bekerja kalau kena dengan tatacaranya,” sambung Khalil.
“Firas, bila kawan kita tu jatuh cinta dengan stock ustazah ni?” Ahmad Khairani rasa dia sudah banyak ketinggalan dengan cerita Ammar Zaim.
“Entah, aku tak tahu sangat. Aku pun macam kau juga tahu dua minggu lepas. Tapi ikut firasat akulah, jatuh cinta pandang pertama masa temuduga hari itu lagi kot. Yalah, Efa ini kalau tidak silah kawan baik adiknya Am, si Anis tu. Mereka belajar satu universiti dan duduk serumah sampai sekarang. Itu yang boleh tersangkut terus. Setahu akulah, mereka tak pernah dating atau bercinta macam kita-kita ini. Efa bukan jenis bercinta sebelum nikah macam tu.. itu yang kawan kita ni terus masuk meminang,” cerita Ilman Firas.
“Oooo begitu ke ceritanya. Masih ada juga gadis suci macam tu ya,” gelak Ahmad Khairani buatkan Eryna Imanina yang mendengar dari tadi rasa berdesing.
“Eryna, you bila lagi?” soal Ahmad Khairani.
“Tengah tunggu you masuk meminang,” balas Eryna Imanina manja mengoda.
I boleh masuk meminang you bila-bila masa pun. Tapi, you sanggup ke duduk rumah jaga makan minum I. I tak suka makan kat luar. Malam I suka duduk rumah aje,” usik Ahmad Khairani yang tahu benar Eryna Imanina ini bagaimana orangnya.
“Oooooo… you nak jadi isteri you ke atau jadi Pembantu Rumah you?” balas Eryna Imanina.
“Apa pulak pembantu rumah, mestilah isteri. Pembantu Rumah tak boleh peluk cium, isteri boleh,” usik Ahmad Khairani saja nak mengapikan Eryna Imanina.
I jadi girlfriend you ajelah. I tak puas enjoy lagi,” jawab Eryna Imanina.
“Ala… tak bolehlah I nak peluk cium you,” Ahmad Khairani galak mengayat.
“Heyyy, I bukan stock ustazah macam Efa tu. I berfikiran terbuka, hidup hanya sekali. Rugi kalau tak enjoy puas-puas,” bangga Eryna Imanina.
Ahmad Khairani dan Ilman Firas sudah berpandangan, memang perempuan seksi di hadapan mereka ini bukan wanita sembarangan. Wanita pisau cukur yang sentiasa mahukan kemewahan dan hiburan sepanjang masa. Betul keputusan Ammar Zaim untuk tidak memilih wanita jelita lagi moden di hadapan mereka ini sebagai calon isteri. Kalau tidak memang berantakanlah rumahtangga Ammar Zaim yang bukan kaki clubbing itu. 
“Efa, abang balik rumah bertanggak malam ni. Esok kita jumpa ya,” ucap Ammar Zaim usai menyempurnakan solat isyak berjemaah bersama.
“Rumah bertanggak?” Afeefa terkejut.
“Esok lepas majlis, baru Efa ikut abang balik rumah Mama, ya sayang,” ucap Ammar Zaim selamba.  
“Oooooo okey,”
‘Kenapa mesti tidur di rumah bertanggak pulak. Bukan ke Pengantin Lelaki aka suami sudah halal. Mungkin bersangkutan adat lagi kot. Tak mengapalah, aku pun penat boleh tidor puas-puas,’ ucap Afeefa dalam hati.
Afeefa mengantar Ammar Zaim hingga ke muka pintu sahaja. Hari pun sudah jam sepuluh walaupun saudara-mara masih ramai bersembang-sembang, namun Afeefa tidak larat nak turut serta. Dia sudah nampak bantal saja dari tadi. Penat di dera beberapa hari dengan melakukan pelbagai aktiviti bagi mempersiapkan diri menjadi isteri.
Baru nak menarik selimut, telefon bimbit berbunyi. Menyumpah Afeefa dalam hati, memarahi pemanggil yang tidak tahu membezakan siang dan malam. Nama pemanggil di skrin telefon bimbit diintainya terlebih dahulu untuk memastikan sama ada perlu dijawab atau tidak. Ohhh! Wajib jawab ini panggilan dari Pengantin Lelaki aka suami.
“Assalamualaikum,”sapa Ammar Zaim lembut.
“Waalaikumsalam abang. Ada apa?”
“Saja nak sembang dengan Sayang. Merdu suara, Sayang,”
“Ooooo… ingatkan apa tadi,”
“Sayang tengah buat apa?”
“Baru nak tarik selimut. Penat sangat beberapa hari ini kena dera dari semua orang,”
“Abang tahu,” gelak Ammar Zaim.
“Macamana abang tahu?”
“Lupalah tu, adik abang kan selalu ada dengan Sayang. Dia selalu cerita pada abang. Siap dengan gambar lagi. Sayang ni cute sangat abang tengok,”
“Emmmm… tak ada apa yang supriselah nak dikongsikan dengan abang nanti. Semua cerita abang dah tahu,”
“Ehhh…! Ada banyak sangat, Sayang.  Banyak sangat. Sayang, dalam almari ada baju jubbah warna merah jambu esok sayang pakai baju itu ya. Abang suka sangat tengok sayang pakai baju warna merah jambu, nampak sweet sangat,”
“Mmmmm…….,”
“Sayang!...Sayang!....oh Sayang….,” panggil Ammar Zaim berkali-kali. Afeefa senyap.
“Emmm…. Maaflah abang, terlelap sekejap. Apa abang cakap tadi?”
Afeefa mengetuk dahinya sendiri yang boleh terlelap dalam asyik bersembang dengan Ammar Zaim. Memang tidak romantis langsung. Namun dapat dimaafkan kerana baru belajar bercinta.
“Masyallah Sayang ni, penat sangat ke?”
“Emm…. Macam-macam terjadi satu dua hari ni. Tiga hari lepas pun saya sibuk nak qatam Quran sebelum saya nikah. Sudah niat, itu yang lagi tak cukup tidur tu. Ini baru nak kador tidur. Maafkan Efa ya, abang.,”
“Tak apa. Abang cakap tadi esok Sayang pakai baju jubbah merah jambu yang abang sangkutkan kat belakang pintu almari. Sudah pergi tidur, esok baru kita sembang panjang. Assalamualaikum, selamat malam. Mimpikan abang, ya,”
“Waalaikumsalam, selamat malam abang,” Selamat malam semua, terima kasih kerana memberikan kenangan manis lagi istimewa buat gadis serba kekurangan bernama Nur Afeefa ini.
Paginya Afeefa berbaju jubbah merah jambu melangkah menuju ke rumah bertanggak untuk menjemput keluarga mertua dan suami untuk bersarapan bersama keluarga besarnya di Khemah. Tetamu perlu di layan sebaik mungkin.
“Assalamualaikum….. assalamualaikum” panggil Afeefa di pintu rumah
“Waalaikumsalam. Ya! Efa, ada apa?” Datin Zulaikha membuka pintu.
“Mama, jemput sarapan. Kami dah siapkan semua di khemah,”
“Laaa… Mama baru nak bancuh air. Buat susah-susah aje Efa,”
“Apa susahnya Mama, memang kena siapkan sarapan pun. Anis dan Khayla mana, tidur lagi?” soal Afeefa mesra.  
“Sudah bangun. Tengah beratur tunggu giliran masuk bilik air. Masuklah dulu, Am pun masih tidur lagi. Sambung tidur lepas subuh tadi, penat katanya. Kenapa Am tak tidur sahaja kat sana?”
“Entahlah mama. Efa ikut saja mana yang selesa buat abang,” ucap Afeefa lembut.
Afeefa mengikut Datin Zulaikha masuk ke dalam rumah. Memang masih ramai yang bergelimpangan tidur kat luar ni. Anis dan Khayla sedang berselubung dengan tuala mandi duduk kat dapur.
 “Dah jom ikut mama…. Dari Efa layan budak dua ekor yang bau busuk kat dapur tu  meh Mama ajar jadi isteri Am. Am tidur dengan Mama malam tadi. Anak manja Mama-lah katakan,”
Tangan Afeefa di tarik Datin Zulaikha menuju ke bilik. Afeefa sudah telan air liur. Biar betul, tidak pernah terfikir yang Ammar Zaim anak manja Mama. Pintu bilik ditolak oleh Datin Zulaikha lembut, atas katil tidur Ammar Zaim bersama dua orang lain budak lelaki. Datin Zulaikha menyuruhnya masuk, dengan langkah yang perlahan Afeefa masuk ke dalam bilik ini dengan rasa gugup yang menerjah.
Afeefa yang ditinggalkan sendirian, duduk berteleku di tepi katil. Diam seketika memerhati Ammar Zaim yang sedang nyenyak tidur. Benar kata Anis, Ammar Zaim sudah mengorbankan rambutnya yang panjang lagi cantik untuk majlis pernikahan ini.
“Abanggggg.. bangun,” bisik Affeefa perlahan di tepi telinga Ammar Zaim.
“Mmmm dah,” balas Ammar Zaim dengan mata masih tertutup.
“Kalau dah bangun bukalah mata tu….,” comel sungguh Ammar Zaim ini bila tidur.
Selubung habis selimut sampai ke tengkuk. Ammar Zaim terbeliak bila mendengar suara perempuan ketawa halus di hujung telinganya. Suara ini dia kenal benar, baru semalam didengarinya. Senyum terukir bila melihat isteri di depan mata. Comel berteleku di tepi katil.
“Assalamualaikum dan selamat pagi abang,” sebaik sahaja mata Ammar Zaim terbuka.
“Cerianya sayang abang pagi-pagi,” senyum Ammar Zaim bahagia.
“Sudah biasa macam ni. Bangunlah, sarapan Efa dah siapkan,”pujuk Afeefa manja.
“Sayang yang masak?”
“Tidaklah atuk yang masak,” balas Afeefa nakal.
Sudah tahu lagi mahu tanya, memang kenalah. Ammar Zaim tersengeh lucu. Selimut di selak dan duduk menyelak rambut. Afeefa terus tertunduk malu. Ammar Zaim tidur tidak berbaju. Ahhh malunya.. Badan sudah memusing untuk bangun dan keluar dari bilik itu dengan segera.
“Sayang… kenapa?” usik Ammar Zaim tahu Afeefa segan melihatnya.
“Tak ada apa-apa. Efa tunggu abang kat luar sajalah,” Afeefa sudah sampai ke pintu bilik yang tertutup. Belum sempat tombol pintu dicapainya, tangan Ammar Zaim lebih dulu memegang tombol. Afeefa menoleh semula memandang pada Ammar Zaim yang berdiri di sebelahnya. Alamak dia hanya berseluar pendek. Lagi Afeefa malu. Mata terus dipejamkan.
Dengar tombol pintu ditekan, maknanya sudah berkunci. Ohhhh! Malang sungguh Afeefa rasakan. Tersilap langkah masuk ke dalam bilik ini. Niat hanya ingin mengajak keluarga mertua dan suami bersarapan. Rupanya berdating dalam bilik pulak dengan suami. Nasiblah bukan berdua, kalau berdua lagi Afeefa kecut perut.
“Abang nak tengok sayang tanpa hijab boleh,” bisik Ammar Zaim di telinga Afeefa lembut.
Afeefa tergamam. Tidak berani membuka mata. Hanya anggukkan kepala tanda boleh saja. Terasa tudung express yang dipakainya  di selak perlahan oleh Ammar Zaim dengan penuh cermat. Dada usah cakaplah, berdebarnya Ya Rabbi, Allah saja yang tahu. Sekarang, terasa cucuk sanggul sudah di tarik keluar. Rambutnya yang ikal sudah mengurai.
“Sayang… bukalah mata tu, abang nak tengok,” pujuk Ammar Zaim lembut.
Afeefa membuka mata sedikit sebelah mata saja. Sudah macam orang pedih mata terpercik cili tumbuk saja lagaknya. Ammar Zaim sudah tergelak halus. Ketawa lagi, asyik ketawa saja Ammar Zaim hari ini. Apa yang lucu! Afeefa pun tidak pasti. Yang dia tahu, dirinya di landa tsunami gugup yang melebihi 8 skala rektor.
“Sayang…,” pujuk Ammar Zaim lagi.
“Saya malu, abang tak berbaju. Cuba pakai baju dulu,” jelas Afeefa buatkan Ammar Zaim sudah tergelak kuat.
“Yalah, abang dah pakai baju dah ni. Sekarang Sayang buka mata,”
“Betul?”
“Betul, bukalah mata”
Perlahan-lahan Afeefa membuka mata. Terbeliak terus matanya bila melihat Ammar Zaim yang macho berkemban dengan kain batik Datin Zulaikha. Biar betul. Lucu sangat.
“Hahahaha….,” bukan ke sudah pecah terburai.
“Kenapa?” Ammar Zaim pelik.
“Seksi gila abang dengan kain batik Mama. Hilang aura macho, mari aura kakak-kakak,”
“Laaaa… kutuk abang ke. Macam tu abang bukalah kain batik ni,” ugut Ammar Zaim.
“Oooo okey, okey Efa tak ketawa. Tapi tolonglah jangan buka. Dah pergilah mandi, Efa lapar ni,” pujuk Afeefa lembut.
“Abang nak tengok Sayang kejap. Nak simpan dalam kepala wajah isteri abang yang sebenar, biar lekat sampai bila-bila kat dalam hati,”
 “Yalah, tengoklah. Efa duduk sini sampai abang puas,”
“Hahahahah…tak akan puas punya pagi ini… Sayang,” Ammar Zaim sudah menggangkat kening nakal. Afeefa faham maksud dia yang satu itu. Ooooh tidak, sekarang bukan masa yang sesuai.
Ketukan pintu di luar buatkan Afeefa senyum kelegaan, rasa dada reda sedikit. Ammar Zaim nampak macam kecewa bila saat berdating di pagi buta begini terganggu pulak.
“Am! Oh Am!… Kak Long nak kejutkan anak Kak Long ni. Nak siap pergi sarapan. Kamu buat apa kat dalam ni, buat-buatlah sabar sikit. Petang nanti Am datinglah puas-puas,” jerit Aisyah di luar pintu bilik.
Ammar Zaim membuka kunci pintu. Afeefa di suruh duduk saja di sofa tidak bergerak. Tudungnya pulak masih di tangan, Ammar Zaim. Ya Allah, malunya!
“Emmm… masuklah. Kacau saja,” ucap Ammar Zaim perlahan. Aisyah sudah sengeh sampai telinga. Suka sangat menyakat pengantin baru.
“Efa, maaf ganggu ya. Kak Long nak kejut anak teruna Kak Long dua orang ni, bukan boleh harap sangat budak ni. Kaki skodeng jugak ni,” jenaka Aisyah. Ada ke anak yang baru berumur dua dan empat tahun itu pandai skodeng tidak masuk akal sungguh. Kalau hendak keluarkan fakta pun, biarlah logik sikit. Marah Ammar Zaim dalam hati.  
“Tak apa Kak Long. Efa pun baru kejutkan baby besar bangun tidur. Rasanya nak kena bawa pergi shopping baju tidur petang nanti, seksi sangat dengan kain batik mama ni,” senyum Afeefa sempat mengusik Ammar Zaim. Geram juga Ammar Zaim mendengarnya hingga mengacah  untuk membuka kain batik yang terikat kemas di dadanya itu.
“Hahaha… betul tu. Kak Long baru nak tegur fesyen baju tidur mana yang Am beli ni. Kak Long nak pastikan abang Aidid tak beli fesyen baju yang sama,” usik Aisyah lagi. Afeefa sudah menutup mulut ketawa sembunyi-sembunyi.
“Sukalah tu,”
“Efa tolong Kak Long angkat si kecil ni keluar boleh. Akak angkat si abang,” pinta Aisyah. Sudah terbuka jalan untuk Afeefa menyelinap keluar dari bilik yang terasa bahang panas ini. Cinta selepas nikah sangat mendebarkan jiwa raganya.
“Abang, tudung Efa,” pinta Afeefa lembut.
“Efa tolong ambilkan abang baju t-shirt dan seluar jean saja dalam beg. Mari Am yang tolong angkatkan,” suruh Ammar Zaim.
Alamak, Afeefa terperangkap lagilah dalam bilik ini. Tapi kali ini lagi bahaya, mereka hanya berdua-duaan sahaja. Beg pakaian kecil warna hitam di buka zipnya. Cantik baju tersusun kemas dalam beg. Nampak sangat Ammar Zaim ini orang yang cermat dan kemas.
Seketika dengar suara orang ketawa riuh di ruang tamu dan bunyi tombol pintu bilik yang berdetup. Kunci. Afeefa duduk bersimpuh di tepi beg pakaian Ammar Zaim hanya diam memerhati setiap langkahnya. Kain batik yang menutup tubuhnya di buka dan di selimpang sebelah sahaja. Macam lagak pelakon drama hitam putih tujuh puluhan pulak.
Ammar Zaim merapati Afeefa, rambutnya di selak perlahan di bawa ke sebelah kiri.
“Comel sangat tapi nakal. Duduk sini diam-diam sampai abang selesai mandi. Tunggu abang, kita keluar sama-sama,” bisik Ammar Zain lembut hingga terasa setiap hembusan nafasnya di leher Afeefa. Uhhhhh bahaya!.
“Tudung saya?”
“Abang pegang. Sayang tak boleh dipercayai,” satu kucupan hinggap di leher jinjang Afeefa. Matanya tertutup tiba-tiba. Seram.
 Ammar Zaim masuk dalam bilik air yang berada dalam bilik ini saja. Sementara menunggu Ammar Zaim mandi dan bersiap, Afeefa mengemas bilik ini dahulu. Nak keluar tudung pulak dalam bilik air bersama dengan Ammar Zaim. Dilentukkan juga kepala di sofa hingga terlelap dibuatnya.
 Ammar Zaim yang hanya bertuala keluar dari bilik air, kesian pulak melihat Afeefa terlentuk tidor di Sofa. Cepat Ammar Zaim bersiap. Kalau diketahui begini seronoknya rasa Cinta Halal, sudah lama dia setuju dengan cadangan Datin Zulaikha untuk mengambil Afeefa ini sebagai isterinya yang sah. Setiap inci wajah Afeefa di tenung. Wajah yang cukup tenang dan bersahaja. Tangan sudah bermain-main anak rambut Afeefah.
“Sayang…,” kejut Ammar Zaim. Sengaja kepala Afeefah di tarik perlahan ke dadanya.
“Emmmmm,” jawab Nur Afeefa separuh sedar dengan manja. Ya Allah! Kuatkanlah iman hambamu ini. Bahagianya kurniaanmu.
“Bangunlah… abang dah siap mandi ni,”bisik Ammar Zaim rapat sekali di telinga Afeefa. Sahaja dipejamkan mata dan membiarkan diri di dakap kemas oleh Ammar Zaim. Bahagianya rasa. Tak pernah rasa sebegini selamat. Hahaha… vitamin G sudah menyelinap.
“Sayang….jom, tadi kata lapar,” senyum Ammar Zaim. Bahagia bila melayan isteri yang manja begini.
“Tudung saya?”
“Ada tersangkut kat kerusi depan cermin sana. Pergi cepat, sebelum abang tukar fikiran kita breakfast dalam bilik saja pagi ni,” ugut Ammar Zaim.
Bersarapan pagi dalam bilik? Oooooo tidak! Baik Afeefa cepat bangun tidak sanggup rasanya nak bersarapan pagi dalam bilik pagi ini. Tidak sesuai, nanti kena sakat lagi teruk. Sampai ke anak cucu bercerita. Rambut di pintal dan lilit kemas di kepala. Cucuk sanggul digunakan untuk mengunci rambut daripada terkeluar. Tudung express tadi disarung cermat dan membetulkan kepala tudung agar lurus tegak di kepala. Sebelum keluar bilik, Ammar Zaim sempat lagi mencuri cium pipinya. Suka dia buat kejutan-kejutan begitu.
Keluar pintu rumah sudah lengang, masing-masing dah keluar ke khemah untuk bersarapan. Afeefa dan Ammar Zaim berpimpin tangan mesra. Khalil, Muntaz dan Rofifah sudah lama menunggu di meja. Tugas mereka apa lagi selain makeup dan ambil gambar, makanlah kerja mereka.
“Abang ambil air, Efa ambil makanan. Kita duduk sekali dengan abang Khalil and the geng ya,” ucap Afeefa perlahan. Ammar Zaim angguk setuju.
“Efa!” panggil Ammar Zaim.
“Kopi or Tea?” soal Ammar Zaim dalam bahasa isyarat.
Afeefa membalas dengan bahasa isyarat juga. Jarak tidak menghalang mereka berkomunikasi bahasa isyarat, hendak cakap agak kurang sopan. Bahasa isyarat lebih mudah, janji Ammar Zaim memandang padanya.
“Tea kurang gula dan tiada susu. Tea O.,” balas Afeefa dalam bahasa isyarat
Afeefa mengambil dua pinggan. Satu berisi nasi lemak, sambal udang  dan satu lagi  berisi dua keping lempeng di makan dengan sambal ikan bilis yang dimasak pagi tadi. Pinggan ditatang ke meja. Ammar Zaim sudah duduk sambil membelek gambar dalam kamera Nikon milik Khalil.
“Sayang kenapa gambar ni teruk sangat, sampai tutup muka kat dinding lagi,” ketawa Ammar Zaim membuat ulasan ringkas.
“Gambar mana? Tengok,” Afeefa sudah beraksi manja merangkul lengan Ammar Zaim untuk melihat gambar dengan lebih dekat. Ammar Zaim membiarkan sahaja layanan manja Nur Afeefa, suka sangat di layan begitu.
“Ini,” sogokan agar Afeefa lagi rapat dengan Ammar Zaim. Taktik.
“Lil, kau dulu kahwin romantis macam ini juga ke?” soal Rofifah yang menumpang dagu dengan tangan di meja.
“Masa mula bercinta dulu, macam ini lah. Bila dah kahwin tidaklah seromantis ini, sebab lebih romantis dari ini. Pantang tersentuh aje ON, sentuh aje ON. Eleh-eleh bini akugive up. Penat katanya,” cerita Khalil berunsur lucah. Bibir Afeefa sudah mengucapastaqfirullahalazim.
“Seronok kahwin tak boss?” soalan Rofifah nakal.
“Emmmm… seronok. Sapa kata kahwin tak seronok tu memang buta hati langsung,” balas Ammar Zaim.
“Efa?”
“Ishhhhh, itu cerita peribadi mana boleh sembang. Pasangan baru macam kami ini banyak sangat benda nak belajar. Jadi baik kita lupakan soalan nak tahu apa pengantin rasa. Mestilah pengantin kata best gile. Bagi Efa biarlah kami saja yang tahu, betul tak boss besar,”
Ammar Zaim senyum sahaja mendengar balas kata dari Afeefa. Dia memang sudah kena penyakit senyum dan ketawa sejak semalam. Bahagianya nikmat pahala berpasangan dengan isteri tidak terungkap dengan kata-kata.
‘Aku mohon padaMu Ya Allah, izinkanlah aku membuka lembaran cinta sesudah nikah ini dengan penuh keberkatan dariMU,’pohon Ammar Zaim dalam hati.
            “Sayang,” bisik Ammar Zaim manja.
            “Iya,” Afeefa menjawab perlahan.
“Betul ke best gile?”
“Bahagia sangat bagi seorang pecinta yang kemaruk mencari cinta halal dalam hidupnya,” senyum Afeefa dalam maksudnya.

Terus sahaja bahunya di peluk erat dan umbun kepalanya di kucup lembut. Kasih sayang terserlah dan terpamer kepada semua yang melihat. Ammar Zaim sungguh bersyukur dengan keazaman Afeefa untuk menikmati rasa cinta dalam cara yang halal. Kemaruk Cinta Halal membawa barakah dan harapan bahagia hingga ke anak cucu.  


=============================================================

CERPEN 2

Tajuk : Andai Aku Bisa Memilih
Penulis : Blog ini


Wajah sungul anak gadis itu aku tatap penuh kasih sayang mengharap dia boleh menerima kepergian insan yang dia sayangi.Sudah hampir 4 bulan dia sebegitu tidak mahu makan,tidak mahu berbiacara dan hanya menagis sahaja.Kepergian tunang yang amat disayanginya membuatkan hatinya hancur berkecai seperti baru semalam kejadian tersebut berlaku.Kemalangan yang tragis itu hanya mampu menyelamatkan dirinya dan bukan orang yang disyangi.Kini sudah tiba masanya untuk Dhia Asyira membuka hatinya untuk orang lain dan bukannya meratap seperti ini.Setiap hari Asyira pergi ke kubur Kamarul Asyraf untuk melepaskan rindu yang sudah lama dipendam setiap hari.

Sehinggalah suatu hari selepas Asyira pulang dari kubur arwah Kamarul ayah mula bertanya kepadanya 

'Asyira mari sini sebentar ada sepekara yang ayah ingin bincangkan'
'Ada apa ayah ?'
'Ayah nak jodohkan kamu dengan seorang anak klien ayah yang baru balik dari Arab'
'APA !!!!! tak Syira tak setuju ayah'
'Ayah tidak kira Syira harus kawin dengan dia juga ini semua demi kebaikan Syira ayah tidak sanggup lagi melihat Syira meratap pemergian arwah Kamarul seperti ini.Bulan depan korunk akan berkahwin dan keputusan ayah muktamad.'

Mengalir air mata di pipi mulus Asyira dia benar-benar tidak sangka yang ayahnya tergamak melakukan hal seperti itu.Terdengar ketukan berserta suara ibunya memanggil lalu dengan pantas Asyira membuka pintu.

'Boleh ibu masuk ?'
'Masuk la ibu.'
'Syira masih marahkan ayah ?'
'Entah la ibu Syira tak tahu tapi sampai hati ayah buat Syira macam nie.'
'Syira ayah buat semua tu untuk kebaikan Syira mungkin ayah dah tak sanggup lihat keadaan Syira macam nie'
'Tapi ibu semua nie tak betul Syira tak mungkin kawin dengan orang yang Syira tak kenal'
'Syira mungkin cinta boleh dipupuk selepas kawin percayalah Syira suatu hari nanti mesti Syira akan tahu apa erti cinta sebenarnya.'

Direbahkan kepalanya ke atas peha ibunya.Ibunya mengusap-usap kepala Syira dengan penuh kasih sayang.Akhirnya mata Syira terkatup rapat melayari bahtera mimpi.

Masa yang ditunggu-tunggu kini sudah menjelang pada 27 September 2012 Syira dikahwini oleh seorang jejaka yang tampan rupanya.Muhamad Afwan Danial itulah nama yang tertera pada simpang jalan.Selesai diijab kabul Dhia Asyira kini sudah menjadi isteri kepada Muhamad Afwan Danial.Majlis berlansung dengan meriah sekali seusai sahaja majlis itu Asyira menunggu suaminya,Danial di dalam bilik untuk memberitahu yang walaupun dia tidak mencintai suaminya tetapi dia rela menjalankan tugas sebagai seorang isteri.

Pintu dikuak perlahan kemudian terpancul wajah suaminya yang tampan itu kemudian suaminya itu duduk di sebelah isterinya.Dilihat wajah isterinya itu sepuas-puasnya dan dia mula berkata pada isterinya

'Kalau Syira tidak cintakan Danial tidak mengapa Danial faham tapi Danial harap suatu hari nanti Danial mampu buka pintu hati Syira untuk terima Danial dalam hidup Syira'

Syira bagai terpukau dengan kata-kata tersebut dan hanya mampu menagis teresak-esak.Di lewat malam itu Syira bagai memerhati skrin yang menayangkan kembali peristiwa hitam yang dia alami 4 bulan lepas

'Kamarul kalau bawa kereta tu jangan la laju-laju Syira takut la'
'Tak apa Syira jangan takut okay'
'Kamarul AWAS !!!!!

'TIDAKKKKKKKKKKKKKKKK'
'Syira ! Syira !'
'Kamarul !!'

Syira terjaga daripada tidur dan baru dia sedar yang semua itu hanyalah mimpi semata-mata.Sejak dari kejadian itu Danial mula sedar yang isterinya tidak mungkin mencintai dirinya sehinggalah suatu hari Danial dikhabarkan dengan satu berita yang amat mengejutkan dirinya.

'Encik Danial kami mintak maaf kanser yang encik Danial hadapi sekarang ini amat serius'
'Tapi tak ada ubat ke untuk merawat penyakit saya nie doktor ?'
'Maaf encik Danial bagi penyakit kanser nie memang tidak ada ubat'
'Hurm berapa lama lagi saya boleh hidup ?'
'Kami jangkakan encik Danial hanya mampu hidup lagi sebulan sahaja'

Danial balik dengan perasaan hampa sesampainya dia di rumah dia mencari isterinya.Dia ingin habiskan sisa hidupnya bersama isterinya.Hampir setiap hari Danial ucapkan cinta dan sayang kepada isterinya tapi bagi Syira dia hanya mampu sayang dan cinta kepada arwah Kamarul sahaja.Suatu hari Danial pengsan ketika hendak ke kerja puas Syira kejutkan tapi masih tidak bangun.Tiba sahaja di hospital doktor mengesahkan suaminya dalam keadaan kritikal.

'Abang jangan tinggalkan Syira'
'Syira abang sayang dan cintakan Syira walaupun abang dah tiada nanti'
'Abang jangan cakap macam nie'
'Anak ayah jaga ibu baik-baik ye jangan nakal-nakal tau'

Syira hanya mampu menagis.Kini tibalah masa suaminya untuk pergi.Danial menghembuskan nafas yang terakhir selepas azan subuh.

'Abang jangan tinggalkan Syira !!!!'

Sudah hampir sebulan Syira tidak makan dan tidak minum.Selepas pemergian Danial baru dia sedar yang dia benar-benar mencintai suaminya.Sehingga suatu hari Syira minta izin untuk kelaur ziarah kubur arwah suaminya

'Ibu Syira nak pergi kubur arwah abang Danial petang nanti '
'Baiklah Syira ibu izinkan'

Tiba sahaja di kubur arwah suaminya dia sedekahkan al-Fatihah

'Abang Syira minta maaf sebab lama tidak datang jeguk abang.Sebenarnya selepas abang tinggalkan Syira baru Syira sedar yang Syira benar-benar cintakan abang.Anak yang abang wasiatkan kepada Syira akan Syira jaga dengan baik.Macam abang kata dulu kalau anak perempuan abang nak letakkan nama Nur Rul Fatihah dan Syira akan tunaikannya.Syira balik dulu ye abang'

Menitis air mata seorang isteri di pusara suaminya.5 tahun berlalu Syira melihat anaknya berlari-lari di taman permainan bahagianya tidak terasa lalu anaknya datang

'Umi kenapa Fatihah tidak ada ayah ?'
'Fatihah anak umi kalau umi mampu memilih mesti umi ingin Fatihah ada ayah'

Syira hanya mampu tersenyum bila anaknya bertanya tentang ayahnya.Suatu hari nanti mesti Fatihah akan faham apa yang berlaku.

0 comment... add one now