Kisah Lelaki Ini Menyambut Hari Raya Pertama Dengan Memanjat Bangunan di Dubai

abudi di dubai



Penulisan asal dari Facebook Abudi Alsagoff

Raya pertama di #Dubai. Lepas spend pagi raya kat consulate, makan2 sikit. Lepas solat jumaat terus gerak Marina. Pagi2 lagi member Keow Loong (KiWi) dah message tanya nak gi panjat tak?

Lepastu dia intro Ibnu Anwar dalam message. Aku pun ucap salaam kat ibn anwar and eid mubarak. Patu aku ingat lawak gila si kiwi pegi buat lawak bodoh cakap "great all malaysians here, except for one kafir". Berdekah aku gelak. Aku terus message "wei kiwi apa susah, you taknak jadi kafir terima je lah Islam". Then dia kata awek dia melayu Islam. Dia pun memang fikir one day akan revert jadi Islam. Bukan jadi melayu okay (kepada yang tak tau beza melayu dengan Islam). Moga Allah beri dia taufik dan hidayah Islam. Amin.

Lepas tu jumpa kiwi je aku bagi dia booklet "Illustrated guide to understanding Islam". And sembang2 cerita pasal Islam kat dia, konsep tauhid.

Ok. Kitaorg tunggu dalam sejam gak baru ibn anwar sampai. Aduhh biasa ar janji melayu bhai. Takkan hilang melayu kat bumi selagi janji melayu subur bahahah. Kalau kata pukul 3.30PM, dalam Jam Melayu perlulah kata jumpa 2.30JM! So gunakanlah waktu JM dengan member2 korang hahah. Nanti tercegat la dorang kol 3 ataupun 3.30PM.

Start panjat bangunan tu naik tangga. Start naik je bangunan ni memang fully covered, tingkap semua tutup rapat. Mati xde air ventilation seksa. Dalam tingkat belas2 dapat jumpa tingkap terbukak, tapi kat dubai ni kalau ada udara pun masih nak nafas susah time musim2 panas ni. Sebab humidity dia tinggi, lagi tinggi dari malaysia. Macam rasa duduk belakang kipas aircond.

Naik first 40 floors aku ok lagi naik tangga. Korang tau keadaan macam mana time panjat? Takde air ventilation bhai. Panas nak mati. Udara segar takda. Bau pasir dan habuk. Pastu naik start tingkat 40 ke 50 ke atas dah sampai tempat2 rumah2 residential dia, mak aih, gelap gulita bhai!! Memang guna lampu led henpon je.

Time ni alhamdulillah bawak air, and kaki dah rasa ketat muscle. Jadi kitaorang naik setiap 3 tingkat (6 set of staircase) patu duduk rehat seminit. Time rehat off lampu phone.

Bhai. Dia punya gelap, panas, macam dalam kubur plak. Senyap pulak tu.
Aku masuk "wei Kiwi, ko tau tak ni macam dalam kubur, gelap, panas"
Patu dia melawak "ye ke? Aku rasa kubur lagi sejuk!!" Bahahah. Bodoh giler.

Aku cakap kubur kita ikut amalan kita. Kalau baik amalan terbaik, kubur jadi taman2 syurga. Kalau jilake perangai kubur jadi lembah neraka. Ko tunggu bukan gelap je, ular, cacing segala semua datang.

Patu kita pun teruskan perjalanan. Lega time aku duduk2 boleh kibas baju kurta kat muka ada udara sikit. Gila bhai, takde air ventilation langsung!! Baju aku sampai atas je memang lencun basah bhai. Macam kene ice bucket challenge versi neraka.

Memang aku ingat time naik tangga ni duk zikir Allahuakbar dalam hati. Patu kekadang rasa light-headed gak. Oxygen kurang. La hawla wa la quwwata illa billah.

Akhirnya, naik2 sampai jugak level 101 lepas sejam if not more naik tangga! Workout paling gila.

Orang semua ingat pshh senang je naik tower, lagi senang dari hiking. Pegi naik lif, tekan tingkat 100, BAM, rooftop.

Gila lega time sampai atas. Alhamdulillah. Lepas amik gamba sikit, next challenge. Naik scaffolding sampai atas. Maybe dalam 20 tingkat scaffolding lagi.

Sampai2 kat paling peak (432.5m) time maghrib, dapat solat atas tu. Wooo angin kuat gila atas tu.

Memang worth it la naik. Tapi taknak dah naik lagi sebab dah tengok view dia macam mana. Tobat naik tangga sampai 101 tingkat, sekurang-kurangnya 200 set of stairs. Esok tu kaki aku 'sore' gile. Jalan biasa pun sakit. Tak pernah lower body workout macam ni. Hahaha.

Nak cerita kita ni Malaysians, tak kira bangsa. Ok je spend hari raya pertama sama2 panjat world's tallest residential building.

Ok tu je. Korang semua tak payah berangan nak panjat tongue emoticon

Say Ma shaa Allah for this photo. Tak dapat bawak jalur gemilang untuk lebaran raya, aku punya human flag pun ok.

Photo taken with my #GoPro hero 4 silver

0 comment... add one now