Hala Tuju Selepas SPM. Mana Nak Pergi?

Antara keputusan yang susah hendak putuskan sewaktu SPM adalah tentukan mana nak pergi selepas SPM. Mengikut pengalaman penulis sendiri, pilihan lepas SPM merupakan antara pilihan besar dalam hidup. Ini kerana ianya banyak menentukan bagaimana karier kita di masa hadapan.
Selain itu,hala tuju selepas SPM juga ditentukan oleh aliran apa yang kita sedang ambil semasa tingkatan 5.





Hala Tujun Selepas SPM Aliran Sains

ukm
UKM - Sekadar gambar hiasan
Saya sendiri merupakan seorang jurusan aliran sains semasa SPM dahulu. Saya mengambil SPM semasa tahun 2008.
Disebabkan saya bersekolah disekolah sains, maka  ketika itu mentaliti kami hanya dimomokkan dengan halau tuju SPM menyambung dalam bidang perubatan atau kejuruteraan. Ya benar, hanya dua ini sahaja yang berada dalam kepala kami ketika itu.

Maka,tujuan artikel ini ditulis bagi membuka minda pelajar yang baru sahaja selesai SPM mahupun yang akan menduduki SPM agar peka dan tahu bidang yang boleh dipilih selepas SPM.

Bagi aliran Sains, terdapat beberapa pilihan yang boleh anda pilih;
  1. Sambung luar negara.Dapatkan biasiswa JPA. (Hanya yang dapat keputusan sangat cemerlang)
  2. Sambung ke matrikulasi. (Majoriti ke sini)
  3. Tingkatan 6 (tak ramai budak sains pilih ini)
  4. Diploma di IPTA
  5. Politeknik 
  6. Universiti Swasta
  7. Sambung dapatkan SPA 8 (contoh kos pembantu perubatan, pembantu farmasi, juru Xray,Jurupulih cara kerja)

Hala Tuju Selepas SPM Aliran Sastera

Saya kurang arif berkenaan aliran sastera. Tetapi mengikut pemerhatian saya, beberapa tempat yang menjadi hala tuju aliran sastera adalah;

  1. 1. Tingkatan 6 (ramai juga yang pilih)
  2.  Diploma di IPTA (mostly Uitm)
  3. Luar negara dapatkan biasiswa JPA

Hala Tuju Selepas SPM Aliran Akaun


Manakala berikut pula merupakan hala tuju bagi aliran akaun;
  1. Matrikulasi (ya, ada aliran akaun di matrikulasi)
  2. Sambung ke luar negara.
  3. Diploma di IPTA

Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan hala tuju selepas SPM.

Selamat maju jaya.

0 comment... add one now