Bidang Terapi Cara Kerja Di Malaysia

Tak sanga artikel yang lepas iaitu " Apa Itu Terapi Cara Kerja " mendapat view daripada beberapa orang yang saya tak sangka akan membacanya.

Walaupun view tak seberapa, tapi saya mendapat khabar bahawa artikel tersebut dikongsikan oleh beberapa orang di group  OT di Malaysia.

Kalau saya tahu ianya akan dibaca oleh orang-orang yang berada dalam profesion OT itu sendiri, suda pasti artikel akan lebih panjang dan berilmiah(kononnya la.haha).

Tapi artikel berkenaan saya tujukan kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang OT.
terapi carakerja

Bercerita mengenai terapi cara kerja, saya suka membuat research berkenaan keywords untuk saya jadikan idea dalam menulis artikel.

Keyword " Terapi Cara Kerja" mendapat purata carian bulanan di google sebanyak 90 carian.

Jika dilihat pada trend pencarian, ianya terus meningkat dari tahun ke tahun
Seperti yang anda lihat di dalam graf di atas.

Ini merupakan perkembangan positif bagi profession terapi cara kerja. Ianya sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada semua sosok tubuh yang selama ini bertungkus lumus memajukan profesion ini di Malaysia.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia mula sedar akan kewujudan profession ini dan lepas ini tak ada lagi orang nak samakan kita dengan "fisioterapi".

Tak ada lagi dialog

" hah?terapi cara kerja?yang fisioterapi tu ke?"

0 comment... add one now