Amalan Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

Sekarang sudahpun masuk fasa 10 malam terakhir Ramadhan. Dalam erti kata lain 10 hari lagi Ramadhan akan berakhir. Seperti yang diketahui pada bulan ini amalan kita adalah berlipat kali ganda. Apatah lagi pada 10 malam terakhir ni.

Dibaratkan seperti kita berjumpa dengan orang yang kita sayang. Kita cuma diberi tempoh 30 hari sahaja bersamanya. Sudah tentu kita akan menggunakan masa yang kita ada sebaik mungkin untuk bersama. Lebih-lebih lagi jika sudah menghampiri masa penamat yang diberikan.
malam

Amalan Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

Jika di sekolah dahulu, kita cuma mengikut pihak pengurusan sekolah yang telah menyusun program untuk kita pada 10 malam terakhir ramadhan. Antaranya adalah qiamullail dan bertadarus al-quran. 

Tetapi, bila usia makin meningkat ni, urusan dunia pun makin bertambah. Kita seakan-akan lupa amalan-amalan yang perlu kita perkuatkan lagi pada 10 malam terakhir ni.

Maka, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan-amalan kita pada 10 malam terakhir ini. Antara amalan biasa tetapi kesannya luar biasa yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir ini adalah;

  1. Tadarus Al-quran
  2. Qiammullail 
  3. Iktikaf di masjid
  4. Perbanyakkan solat hajat
  5. Perbanyakkan solat taubat
  6. Perbanyakkan tahajud
  7. Sedekah jangan tinggal
  8. Minta maaf kepada semua orang (jangan tunggu syawal)
Moga kita sama-sama keluar dari Ramadhan dengan keadaan bersih dan telahpun bertaubat dari dosa-dosa lampau.

Tarikh 10 malam terakhir ramadhan 2015

0 comment... add one now