10 Tanda Penyakit Kencing Manis

Kencing manis ataupun dikenali sebagai Diabetis Melitus merupakan satu penyakit yang memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Penghidap kencing manis merupakan seseorang yang mempunyai tahap kandungan gula dalam darah lebih dari paras normal.

Pesakit kencing manis selalunya mengalami kegagalan fungsi pankreas, yang mana pankreas bertindak sebagai organ yang merembeskan hormon insulin. Insulin ini pula berfungsi untuk menukarkan gula kepada bentuk tenaga (glycogen). Apabila gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, inilah keadaan yang menyebabkan tahap gula yang berlebihan dalam darah.
kencing manis

Tanda-tanda Seseorang Menghidap Kencing Manis

  1. Penghasilan air kencing lebih banyak dari biasa. Kerap kencing(Polyuria)
  2. Cepat rasa haus dan dahaga. (Polydipsia)
  3. Cepat lapar dan makan banyak (Polyphagia)
  4. Air kencing mengandungi paras gula yang tinggi  (Glycosuria)
  5. Berat badan berkurang secara drastik.
  6. Kebas pada hujung tangan dan kaki.
  7. Mudah penat.
  8. Mengalami masalah penglihatan, rabun.
  9. Luka lambat sembuh
  10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.

0 comment... add one now