Ubat Untuk Hilangkan Ketumbit Mata

Hampir semua orang akan mengalami ketumbit pada mata. Jika mengikut nenak moyang kita, macam-macam mitos yang mengatakan penyebab ketumbit berlaku. Antaranya sebab mata suka sangat skodeng orang .

Secara saintifiknya, ketumbit disebabkan oleh jangkitan kuman staphylococcus pada bahagian kelopak mata.
ketumbit


Rawatan untuk hilangkan ketumbit


Ketumbit selalunya hilang dengan sendirinya. Tetapi jika ianya tidak hlang untuk beberapa hari, anda bolehlah menuam ketumbit tadi. Jika ianya masih tidak hilang, maka antibiotik diperlukan untuk menghilangkannya. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik.

Berikut merupakan cara untuk menghilangkan ketumbit dengan menuam.

Cara-cara melakukan tuaman
  1. Ambil sehelai sapu tangan kecil
  2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis
  3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup
  4. Lakukan selama 10 minit
  5. Ulang  2-3 kali sehari sehingga kutumbit pulih

0 comment... add one now