Tanda-Tanda Akil Baligh Bagi Lelaki dan Perempuan

Akil baligh merupakan proses pertumbuhan manusia  bila meningkat dewasa. Semua orang akan mengalaminya dan tiada sesiapa yang terkecuali.

Mencari tanda-tanda akil baligh bagi seorang lelaki dan perempuan?

Baiklah, lihat tanda-tanda berikut;



Tanda Akil Baligh bagi lelaki



-Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
- Pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau
- Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan 



Tanda Akil Baligh Untuk perempuan :



- Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
- Payudara serta punggung membesar
- Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga tumbuh

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat.

Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

Nutrisi yang lebih baik
Stres
Bahan kimia di dalam makanan Tanda-Tanda Akil Baligh Bagi Lelaki dan Perempuan

0 comment... add one now