Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2015-2016 Online

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Premier Sesi 2015-2016 Online. Semakan UPU 2015 bagi tawaran kemasukan ke universiti awam dan Politeknik Premier bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya kini boleh disemak mulai , 6 Mei 2015.

Semakan UPU 2015. Bagi pemohon yang tidak berjaya menerima  tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh mengemukakan  rayuan UPU melalui aplikasi e-Rayuan seperti di bawah ini.
rayuan upu

Applikasi e-Rayuan UPU 2015

Tahniah kepada yang berjaya dan anda boleh mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi.


Semua pemohon yang berjaya haruslah membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum ataupun pada 15 Mei 2015 ini dan ia boleh dibuat melalui laman web rasmi IPTA atau JPP.

erayuan upu 2015

Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi pada masa yang sama ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke IPTA atau Politeknik Premier adalah terhad.

 KPM tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau Politeknik Premier atau antara IPTA atau Politeknik Premier. Tawaran yang diberikan kepada calon adalah tidak boleh diubah.

e-Rayuan UPU 2015

Manakala bagi bagi mereka yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA , Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, boleh membuat rayuan melalui aplikasi e-Rayuan di laman web http://upu.moe.gov.my.

 Butir-butir tarikh permohonan rayuan adalah seperti berikut:

Bagi calon lepasan SPM/setaraf
-Bermula 15 Mei 2015 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Mei 2015.

Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Bermula 12 Ogos jam 12.00 tengahari hingga 22 Ogos 2015

Keputusan Rayuan UPU 2015
Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan keputusan rayuan UPU 2015
Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

Tarikh boleh membuat semakan

Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Bermula minggu kedua  Jun 2015
Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Bermula 6 September hingga 12 September 2015

 Cara buat semakan keputusan

Semakan secara online
Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2015

 Cara  semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
Taip:
UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
Contoh: UPU  RESULT  970222016745
Hantarkan SMS ke 15888

Jika tiada  tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka ada dianggap tidak berjaya mendapatkan tempat.


sumber

0 comment... add one now