Petua Melembutkan Rambut Lelaki & Wanita

Rambut lembut merupakan dambaan setiap orang. Ini kerana rambut lembut lebih mudah diurus, nampak kemas dan beragaya. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk melembutkan rambut?

Berikut merupakan petua ringkas bagaimana cara untuk melembutkan rambut. Tips ini boleh digunakan oleh sesiapa, tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Berikut merupakan caranya.
rambut halus

Cara lembutkan rambut dengan pantas

1. Menggunakan shampo sesuai dengan jenis rambut
Gunakan syampuyang sesuai dengan jenis rambut anda. Jika anda melihat syampu di pasaran, anda boleh lihat lain syampu untuk jenis rambut berbeza.

2. Menggunakan conditioner
Selepas dah gunakan syampu, biasakan diri untuk menggunakan conditioner pula. Memang kena keluar sikit duit untuk beli conditioner.

3. Minum air putih yang mencukupi
Minum air mencukupi dapat membantu pertumbuhan rambut yang sihat.

4. Elakkan mewarna rambut
Elakkan mewarna rambut. Pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang akan menjadikan rambut kering dan kusam.

5. Gunakan avocado sebagai masker rambut
Avocado kaya dengan vitamin yang dapat membantu menjadikan rambut sihat. Caranya adalah dengan ambil isi avocado dan kisar dengan mencampurkan sedikit air. Selepas itu, ratakan campuran tadi ke seluruh rambut, dan biarkan selama 10-15 minit, barulah bilas dengan air.

0 comment... add one now