Permohonan Permit Masuk Secara Online

Permohonan permit masuk secara online . permit masuk merupakan permit yang digunakan warga asing untuk tinggal di Malaysia melepasi temph sah laku.

kdn malaysia

Apabila permit ini lulus, ianya akan membolehkan si pemohoan untuk mendapatkan taraf bermastautin.

Berikut merupakan cara permohonan permit masuk yang mengikut prosedur yang betul.

Pemohon perlulah mengemukakan semua dokumen berikut;

1. Kategori Suami/Isteri/Anak Kepada Warganegara Malaysia
a. Surat Rayuan yang ditulis oleh penama sendiri
b. Surat penolakan daripada Jabatan Imigresen Malaysia
c. 3 keping gambar pemohon (ukuran passport & latarbelakang biru)
d. 1 keping gambar penaja (ukuran passport & latarbelakang biru)
e. Gambar perkahwinan dan keluarga
f. Surat jemputan kahwin (jika ada)
g. Sijil nikah (bagi yang beragama Islam)
h. Sijil perkahwinan (bagi yang bukan beragama Islam)
i. Salinan paspot pemohon (sejak masuk ke Malaysia)
j. Salinan paspot penaja
(paspot yang digunakan untuk berkahwin di luar negara)
k. Salinan kad pengenalan , sijil warganegara, sijil kelahiran
bagi penaja, pemohon (jika ada) dan anak-anak
l. Surat pengesahan dari Guru Besar/Pengetua
(bagi anak-anak yang telah bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah)
m. Salinan sijil perceraian dan salinan sijil kematian (jika berkaitan)

2. Kategori Sistem Mata/Warga Asing Sepenuhnya
a. Surat Rayuan yang ditulis oleh penama sendiri
b. Surat Penolakan daripada Jabatan Imigresen Malaysia
c. Salinan sijil tauliah dan surat sokongan majikan (bagi Kategori Pakar/Profesional)
d. Surat Perakuan Kepakaran daripada agensi berkaitan (bagi Kategori Pakar/Profesional)
e. Penyata SSM (bagi Kategori Pelabur)
f. 3 keping gambar pemohon (ukuran passport & latarbelakang biru)
g. 1 keping gambar penaja (ukuran passport & latarbelakang biru)
h. Akuan pelepashakkan warganegara (jika telah melepaskan taraf kewarganegaraan)
i. Salinan sijil akademik
j. Resume/ Curiculum vitae (jika ada)
k. Salinan paspot pemohon (sejak masuk ke Malaysia)
l. Salinan paspot penaja
(paspot yang digunakan untuk berkahwin di luar negara)

Rayuan yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada:

Bahagian Hal Ehwal Imigresen
Kementerian Dalam Negeri
Aras 4, Blok D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

0 comment... add one now