Perkembangan Terkini Kapal Tangki Hilang


Menurut Panglima TLDM, kapal tangki yang hilang beberapa hari lepas kini ditemui di perairan Kemboja.

mt orkim harmony
Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada 'Kim Harmon' dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya kepada Bernama.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

0 comment... add one now