Penyebab Dan Cara Mengatasi Berak Berdarah

Berak berdarah kadang-kadang amat menakutkan semua orang. Berak berdarah tidak semestinya disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.Adakalanya ianya cuma masalah ringan.

darah


Sebab Berak Berdarah

Berak berdarah disebabkan terdapat pendarahan di saluran pencernaan anda.

Berak berdarah adalah berkemungkinan disebankan perkara-perkara berikut:

Diverticular disease - Diverticula adalah satu kantung kecil di bahagian colon. Diverticula selalunya tidak mendatangkan masalah,tetapi jika bermasalah ianya akan berdarah.

Angiodisplasia - satu keadaan pembuluh saluran darah pecah. Menyebabkan darah. Contohnya peptic ulcer.

Polips ataupun kanser -  Polips merupakan kanser yang membesar dan akan mengakibatkan pendarahan serius.

Masalah esofagus - saluran darah pada esofagus terkoyak dan mengeluarkan darah.

Manakala berikut pula merupakan cara mengatasi ataupun rawatan berak berdarah:

Cara merawat berak berdarah 

Doktor akan menggunakan pelbagai cara untuk merawat.Kadang-kadang mereka menggunakan endoskopi untuk menyuntik  ubat ke kawasan yang berdarah.

Cara rawatan berbeza bagi setiap penyebab berak berdarah. Apa yang penting, terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

0 comment... add one now