Pemenang 100m Sukan Sea singapura 2015

SINGAPURA: Atlet Filipina, Eric Cray mencipta kejutan apabila muncul sebagai pelari terpantas pada temasya Sukan SEA kali ini, selepas mendominasi acara 100 meter (m) yang berakhir di sini, sebentar tadi. 

pemenang 100m sukan sea 2015


Pelari kelahiran Olangapo dan berusia 26 tahun itu, mencatatkan masa 10.25 saat di Stadium Nasional untuk merampas gelaran berkenaan dari pemenang terdahulu dari Thailand, Jirapong Meenapra yang hanya mampu menduduki tempat kelima pada kali ini. 

Pingat perak dan gangsa pula milik pelari Indonesia, Yaspi Boby dan Iswandi yang mencatatkan masa 10.45 saat.

0 comment... add one now