Panduan & Soalan Pendidikan Kesenian PT3 2015

Berikut merupakan panduan dan juga contoh soalan bagi pendidikan kesenian PT3 2015. Bagi sesiapa yang mengambil subjek ini, mohon ambil perhatian arahan dan contoh soalan berikut.

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon Pentaksiran Pusat Menengah Rendah yang mendaftar untuk Pendidikan
Kesenian wajib melaksanakan Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan.
2. Calon dikehendaki melaksanakan Tugasan Pendidikan Kesenian dari bulan Februari
hingga bulan Julai tahun 2015.
3. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan.
4. Calon hendaklah merujuk Standard Prestasi semasa melaksanakan tugasan.
5. Semua maklumat dan bahan bukti laporan kajian hendaklah disimpan di dalam portfolio.
6. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk
mencari dan mengumpul maklumat bagi tugasan Pendidikan Kesenian.
7. Calon boleh menjalankan kajian dan proses pengumpulan maklumat secara individu
dan berkumpulan.
8. Calon mesti menyediakan laporan kajian bagi Tugasan Individu dan laporan
penglibatan dalam produksi bagi Tugasan Kumpulan dalam bentuk hard copy
dan soft copy. Bagi bidang Seni Visual, laporan kajian hendaklah dibentangkan selepas
penghasilan karya.
9. Laporan kajian hendaklah ditulis tangan atau ditaip menggunakan komputer dengan
fon Times New Roman, saiz 12 dan langkau 2.0 menggunakan kertas saiz A4 sahaja.
10. Hasil karya calon mestilah hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada
mana-mana sumber.
11. Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran calon hendaklah ditulis di halaman
hadapan laporan kajian.
12. Penilaian proses semua aktiviti akan dilakukan sepanjang masa
tugasan dilaksanakan.

=================================================

Tugasan Pendidikan Kesenian PT3 2015.

Berikut merupakan tugasan yang perlu disempurnakan oleh pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Kesenian 2015.

pendidikan kesenian pt3 2015
pendidikan kesenian pt3 2015

pendidikan kesenian pt3 2015

pendidikan kesenian pt3 2015

pendidikan kesenian pt3 2015

0 comment... add one now