Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Berikut merupakan panduan bagi peperiksaan SPA Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Panduan Peperiksaan SPA Gred F41

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.
Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)
a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah
dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi
kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang
berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar
bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon
dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan
berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.


b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan
dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1). Jawapan yang dikehendaki bukan
sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji
kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang
paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen
jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan
jawapan yang tepat.


c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja.
Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak
dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan
sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah
khusus untuk merekod jawapan.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


contoh soalan pegawai teknologi maklumat f41

contoh soalan pegawai teknologi maklumat f41

contoh soalan pegawai teknologi maklumat f41

contoh soalan pegawai teknologi maklumat f41

0 comment... add one now