Makanan Tradisional Masyarakat Sabah Yang Patut Anda Rasa

Sabah terkenal dengan makanan tradisional mereka yang dilihat agak pelik sedikit berbanding makanan yang ada di Malaya. Kepelbagaian makanan tradisioanal di Sabah adalah disebabkan kepelbagaian etnik yang ada di Sabah. Maka, setiap etnik ini tampil dengan makanan mereka sendiri.

Makanan setiap etnik ini selalunya dipengaruhi oleh kedudukan geografi bagi setiap etnik ini. Sebagai contoh, etnik yang tinggal di laut makanan tradisi mereka tentunya berasaskan laut, begitu juga yang tinggal di dalam hutan, dan darat.

Berikut merupakan beberapa makanan tradisional masyarakat di Sabah;

Makanan Tradisi Masyarakat Sabah


1. Tuhau

Seperti sejenis sambal yang diperbuat dari tumbuhan herba yang diberi nama tuhau.

2. Bosou


Disediakan dengan mencampurkan ikan mentah,nasi putih, garam, dan buah.

3. Ambuyat

Ambuyat dihasilkan dengan mengambil bahagaian dalam batang kelapa sawit. Ianya seperti sagu.

4. Sinagol

Sinagol mempunyai banyak variasi, terdapat sinagol ikan yu, sinagol ikan buntal, sinagol pari. Sinagol secara asasnya merupakan makanan etnik Ubian yang kebanyakkanya terdapat di daerah Kudat. 

0 comment... add one now