Kesan Baik Dan Buruk Kegiatan Ekonomi

Apakah kesan kegiatan ekonomi? Kegiatan ekonomi merupakan satu aktiviti yang mana tujuan utamanya adalah untuk memperolehi pendapatan.

Kegiatan ekonomi boleh membawa kesan positif,dan boleh juga membawa kesan negatif.

Sebagai contoh, kegiatan ekonomi boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar. Ia boleh membawa kesan buruk contohnya kegiatan ekonomi perkilangan dan pembalakan
pasar

Kesan negatif lain boleh dilihat melalui kegiatan ekonomi pertanian. Penggunaan racun serangga perosak boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar. Ia akan menyebabkan struktur mineral tanah berubah dan ini akan menyebabkan beberapa tanaman tidak lagi sesuai untuk ditanam.

Kegiatan ekonomi juga boleh membawa kesa positif. Sebagai contoh kegiatan ekonomi pendidikan, restoran, dan pertanian. Pendidikan memberikan ilmu kepada pelajar untuk digunakan pada masa hadapan. Restoran pula terus memberikan sumber makanan alternatif selain di rumah kepada semua orang. Manakal pertanian sudah tentu dapat membekalkan pengguna kepada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kesimpulannya, tidak semua kegiatan ekonomi akan memberikan kesan baik,tetapi ada juga kesan buruknya.

0 comment... add one now