Kemalangan Motor dan Lori Kuala Kubu Bharu 11 Jun 2015



Seorang lelaki meninggal di tempat kejadian selepas motosikal dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori. Kejadian berlaku di antara gapi, Hulu Selangor

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Supramaniam Ramasamy mengesahkan mangsa, Muhamad Naqiudin Norazmi, 24, maut di tempat kejadian.



Kejadian berlaku pada pukul 11 pagi selepas motosikal mangsa masuk ke simpang jalan.
Tiba-tiba lori melanggar dari arah belakang.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kireetharan Perumal \berkata, pihaknya  menerima panggilan pada jam 10.23 pagi dan tiba di kawasan kejadian jam 10.38 pagi.

 Pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dari bawah lori satu tan itu.

 Beliau berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dihantar bagi mengendalikan kemalangan tersebut.


0 comment... add one now