Kemalangan Maut di Rompin 23 Jun 2015


Tiga orang maut dan tiga lagi cederah parah selepas kereta perdoua Alza bertembung dengan sebuah lori di Jalan Shah Bandar keratong 3 di Ropmpin.


kemalangan

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nor Hafizah Md Nor, 27, dari Felda Keratong 5, ibunya Joharia Darus, 65, (penumpang belakang) dan anak saudara pemandu, Muhammad Farish Ashraf Mohd Faizul, 3, (penumpang belakang).

Manakala, mangsa yang cedera parah ialah adik Nor Hafizah iaitu Norizati Md Nor, 26, (penumpang hadapan) serta dua lagi anak saudara pemandu iaitu Muhammad Affar Firdaus Mohd Zaidi, 3, dan adiknya Muhammad Aflan Arif Mohd Zaidi, 2.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan cuma mengalami cedera ringan.

"Kemangan  4.15 petang itu berlaku semasa enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Bandar Tun Razak menuju ke Keratong 5.
Pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan yang dipandu dan telah masuk ke lorong jalan bertentangan sehingga melanggar sebuah lori dari hadapan.

"Akibat perlanggaran itu, kereta yang dinaiki mangsa berpusing dan terbabas ke bahu kanan jalan manakala lori tersebut berhenti di tengah-tengah jalan," katanya kepada Bernama hari ini.


0 comment... add one now