Kemalangan di Jalan Ipoh, Taiping 24.6.2015

Satu kemalangan berlaku di Jalan Ipoh Taiping. Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Kembara dan sebuah Proton Saga.

Kembara yang dinaiki mangsa Kang Ah Chuan bertembung dengan Proton Saga  apabila Ah Chuan cuba memotong, namun gagal.
kemalangan


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Kang Ah Chuan, 63, maut di tempat kejadian selepas Perodua Kembara dipandunya bertembung dengan Proton Saga dari arah bertentangan.

Pertembungan itu turut menyebabkan dua penumpang dalam Produa Kembara dan pemandu Proton Saga cedera parah manakala penumpangnya pula cedera ringan.


“Saga yang datang dari arah Ipoh menghala ke Taiping tidak sempat mengelak Kembara yang tiba-tiba masuk ke laluannya sebelum bertembung.

“Pertembungan itu menyebabkan Ah Chuan maut dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala pemandu Saga, Rosnida Roslan, 29, yang mengalami  cedera parah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya.


0 comment... add one now