Kadar Bayaran Zakat Fitrah Johor Tahun 2015

Majlis Agama Islam Negeri Johor telahpun mengumumkan kadar zakat fitrah terbaru bagi negeri Johor;
kadar zakat fitrah johor

Berikut merupakan kadar Zakat Fitrah Negeri Johor 2015


Panduan Kadar Fitrah

Harga Fitrah RM 5.00

Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.


Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).

Panduan Pembayar
Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.


Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah


Kaunter Kutipan Zakat
Kaunter Kutipan Zakat Harta dibuka 7 Hari Seminggu:
Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 4.00 petang
Khamis : 8.15 pagi – 2.30 petang
Jumaat & Sabtu: *9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor

0 comment... add one now