Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Kahfi

Surah Al-kahfi merupakan surah yang ke 18 di dalam Alquran. Terdapat banyak fadhilat dan kelbihan surah Al-Kahfi yang disebutkan di dalam hadis.
surah al kahfi
Antara permulaan ayat surah Alkahfi


Isi kandungan Surah Al-Kahfi


Surah Al-kahfi secara ringkasnya menceritakan perkara-perkara berikut;

1.Keimanan kepada Allah. Mengenai kuasa Allah yang meliputi segala-galanya. Kepastian akan datangya hari kiamat. Alquran akan terus terpelihara dan tidak akan dapat digubah.

2. Hukum: Larangan tempat ibadah di kubur. Hukum bila kita kena menyebut InsyaAllah.

3. Kisah mengenai ashabul kahfi;Kisah nabi Musa; kisah Zulkarnain dan Yajuj Makjuj;kisah dua orang pemuda seorang beriman dan seorang kafir.

4. Lain-lain pengajaran: Kekuatan iman terhadap Allah; Adab berguru dan menghormati guru;

Fadhilat Surah Al-kahfi


Mengikut hadis yang dipetik dari kitab  Muntakhab Ahadith;


1) Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)


2) Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)


3) Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)


4) Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)


5) Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

0 comment... add one now