Contoh Karangan Laporan SPM (Lengkap & Mudah)

Karangan jenis laporan merupakan karangan yang popular dalam SPM. Karangan jenis laporan meminta anda untuk melaporkan sesuatu kejadian yang berlaku. Laporan yang ditulis hendaklah munasabah boleh diterima akal, dan logik.

Bagi laporan untuk persatuan, selalunya yang menulis merupakan berjawatan setiausaha. Manakal laporan lawatan atau aktiviti lain, anda dikehendaki menulis perasaan anda sepanjang aktiviti berjalan.

Berikut disertakan satu contoh karangan laporan SPM
report

Contoh Karangan Laporan SPM

Pada 27 Febuari 2009 hingga 28 Febuari 2009 yang lalu, Pengakap ke 21 SMKA Tun Ahmad Zaidi telahmengadakan Perkhemahan Orientasi merangkumi perkhemahan pertama pada tahun 2009 ini. Selama 2hari dan 1 malam tersebut, Perkhemahan Orientasi telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun ia hanya diadakan dalam tempoh yang amat singkat, tetapi telah menarik minat lagi kepada ahli-ahlibaru Pengakap pada tahun 2009 dan juga ahli-ahli yang lain.

Pada pukul 3 petang, semua perserta-perserta di minta untuk mendaftarkan diri di Dewan Sekolah.Selepas itu, mesyuarat ringkas telah di sampaikan oleh Ketua Troop Pengakap ke 21 iaitu Azry Hafifytentang perkhemahan, peraturan dan lain-lain yang berkaitan dan juga telah membahagikan semua perserta kepada 6 buah patrol. Tepat Pada pukul 4.45 petang iaitu selepas habis menunaikan Solat Asar berjemaah, semua perserta lelaki di minta untuk memasang khemah sebanyak 7 khemah dan 2 khemah persendirian.

Pada malam nya pula, aktiviti di mulakan dengan ucapan dari AJK-AJK yang terlibat dalam perkhemahan tersebut. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti suai kenal. Semua perserta diminta untuk mengenalkan diri mereka. Selepas itu, malam kebudayaan berlangsung. 

Pelbagai persembahan seperti drama, pantun dan tepukan telah dipersembahkan oleh 6 buah patrol. Selepas itu, pelajaran dan pembelajaran serba sedikit tentang pengakap iaitu logo di baju, persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap. Pada pukul 2.30 pagi, perserta di minta mengemas kem masing-masing dan bersedia untuk tidur pada masa "SilentHour" iaitu pada pukul 2.45 pagi. Selama perserta-perserta tidur Muhd Asyraf selaku "Camp Warden"telah menjaga dan memberi segala kebenaran untuk ke tandas.

Pada keesokan hari, perserta-perserta telah dikejutkan seawal 4 pagi dan perserta-perserta diminta bergegas ke Dewan Sekolah. Aktiviti "Burung Hantu" dimulakan sejurus selepas semua perserta telah menutup mata dan bersedia. 

Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dengan mengikut aturan-aturan yang di atur oleh pihak AJK. Aktiviti tersebut telah berjalan selama 1 jam 30 minit. Selepas sembahyang subuh, perserta-perserta telah mula diberikan mesyuarat ringkas tentang aktiviti yang akandi jalankan selepas itu, iaitu aktiviti ala jambori "base to base". Para perserta telah diberikan masa 10minit untuk satu base. Selepas itu, ikatan tali telah di ajar oleh Facillator masing-masing.  

Dalam masa 1jam kemudian, perserta telah di minta untuk berkumpul untuk mendengar kata-kata dari Ketua Troopdan terus memulakan aktiviti yang boleh digelar "Six Sense" kerana deria-deria perserta akan diuji.

Selepas habis semua aktiviti, perserta-perserta diminta untuk ke masjid untuk menunaikan Solat Zuhurdan menukar baju dengan baju Uniform Lengkap untuk Majlis Penutupan dan penyampaian Sijil serta hadiah. Patrol Rajawali atau Patrol 1 telah dinobatkan sebagai Patrol terbaik dan Ketua Patrolnya telahmenjadi Perserta Terbaik keseluruhan sepanjang perkhemahan berlangsung. Pada pukul 3.30 paraperserta bersurai.

0 comment... add one now