Contoh Jawapan Instrumen Sejarah PT3 2015

Berikut merupakan nota nota ringkas yang mungkin berguna untuk para pelajar menyiapkan tugasan sejarah PT3 tahun 2015.

Nota ini disusun secara ringkas bagi memudahkan pelajar mengambil isi-isi dan mengembangkan sendiri dalam tugasan lengkap.
nnmb

==================

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):

(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
Residen menjadi terlalu berkuasa
Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii)Krisis Kewangan Pahang

perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(iii)   Perkongsian Perkhidmatan Pakar

menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv)   Sistem Perhubungan

sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan.

(v)    Faktor Keselamatan

mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan


Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:

Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895.NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur.


Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Ia diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:

  • Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB. 
  • Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral. 
  • Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
  • Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
  • Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)

Pesuruhjaya Tinggi British

(Gabenor NNS di Singapura)


Residen Jeneral

(berpusat diKuala Lumpur-tinggal di Carcosa tahun 1898)


Residen

       Perak  Selangor  N9 Pahang



2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan

(Teks m/s: 47-48)



Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896


  • Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
  • kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
  • Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
  • Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
  • Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan


  • sultan-sultan NNMB tidak puas hati
  • tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah

ahli-ahli Durbar ialah;
Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu

iii.Residen Jeneral

iv.4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)


-Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
-Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur
-Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur

Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;
Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan

iii.Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam  perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi

iv.Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi

kesan-kesan desakan;
British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha

iii.British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri

iv.Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham


sumber

0 comment... add one now