Cara Semak Tracking Number Poslaju Online

Di era internet ini, pembelian secara online merupakan satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia. Bagi mereka yang baru pertama kali membeli secara online, panduan cara semak tracking poslaju ini adalah untuk anda. Ini cuma terpakai untuk courier poslaju, ini kerana, poslaju merupakan syarikat penghantaran yang paling efisyen setakat ini,

Cara Semak Tracking Number Poslaju


1. Anda akan diberikan no tracking poslaju selalaunya dalam format EXXXXXXXXXMY , dan nombor ini juga boleh didapati  pada resit pengeposan.
2. Masuk ke laman web rasmi poslaju. http://www.poslaju.com.my/track-trace/ , dan anda akan dibawa ke dalam paparan seperti dibawah;

tracking poslaju
3. Masukkan no tracking yang anda dapat pada ruangan yang disediakan, dan klik TRACK
4. Anda akan diberikan maklumat mengenai penghantaran anda. Contoh seperti gambar di bawah;

cara semak tracking poslaju online

Ruangan yang pertama memaparkan tarikh, ruangan kedua pula memaparkan proses yang berlaku, dan ruangan ketiga memaparkan lokasi semasa barang. Semoga anda dapat membuat semakan tracking poslaju barang anda tanpa sebarang masalah.

0 comment... add one now