Cara Dapatkan Slip Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak

PERMOHONAN SALINAN PERNYATAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

- Menurut peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997

[P.U.(A)533/97] Sijil Peperiksaan/Pernyataan Keputusan yang hilang atau rosak:

- Pengarah Peperiksaan boleh, apabila permohonan dibuat oleh calon mengeluarkan satu surat
memperakui keputusan peperiksaan bagi maksud penggantian sijil peperiksaan atau pernyataan
keputusan yang hilang atau rosak.

- Sijil/pernyataan keputusan peperiksaan hanya akan dicetak sekali sahaja bagi semua jenis
peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.

1. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter LP,
Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya atau boleh dimuat turun daripada laman web LP
(http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/).

2. Bayaran proses ialah RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) bagi setiap salinan pernyataan
keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di
kaunter.

3. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan
pemohon dan Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Draf Bank
(Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima.

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN

1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis : 8.15 pagi – 4.30 petang
Jumaat : 8.15 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum TUTUP

3. Salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP akan dikeluarkan
seperti berikut.
3.1 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam
3.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja
3.2 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam
3.4 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja
3.5 Lain-lain peperiksaan - tujuh (7) hari bekerja

4. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira
perjalanan pos.

5. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan laporan UPSR. Pemohon dinasihatkan
menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.

6. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal
dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan
Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa tiga (3)
tahun setelah menduduki peperiksaan.

7. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL) Cara Dapatkan Slip Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak

0 comment... add one now