Borang Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Secara Online

Hadiah latihan persekutuan (HLP) menawarkan peluang untuk sambung belaajar dengan gaji penuh ataupun separuh pada peringat Ijazah Sarajana Muda, ataupun peringkat Sarjana.

kpm malaysia

Terdapat tiga (3) jenis hadiah latihan persekutuan iaitu;

1) Hadiah Latihan Persekutuan  (HLP)
2) Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)
3) Hadiah latihan Persekutuan kakitangan bukan akademik (SLPP)

Berikut merupakan pautan yang holeh dicapai untuk anda mengisi borang hadiah latihan persekutuan;

HLP - KLIK SINI
HLPSB - KLIK SINI
SLPP - KLIK SINI

 Pastikan anda membaca setiap syarat-syarat permohonan sebelum anda mengemukakan sebarang permohonan.

Berikut merupakan syarat umum bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan HLP

A. SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan
hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan
perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan
seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan
perkhidmatan dan organisasi. Mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan

ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

0 comment... add one now