Berita Terkini Remaja Lemas Di Mengkarak 10 Jun 2015

Mayat terakhir tiga remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai  Kampung Paya Panjang, dekat Mengkarak, petang semalam telah ditemui kira-kira jam 7.15 malam tadi. 
kes lemas bera

Mayat Zulpahdi Mohd Ali,18, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira  dalam jarak 250 meter dari lokasi dilaporkan hilang. 

Terdahulu, mayat Amirul Aziz Mahizan,19, ditemui jam 3.15 petang manakala mayat remaja kedua Mohamad Nor Ariff Saidi, 19, ditemui kira-kira jam 5.15 petang tadi.


0 comment... add one now