Berita Terkini Pemain T-Team Meninggal Dunia Di Padang


Pemain import pasukan T-Team iaitu  Faramola David Aniya meninggal dunia ketika perlawanan persahabatan menentang kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi 13 Jun 2015.
david aniya



Aniya tiba-tiba jatuh rebah di atas padang ketika permainan baru sahaja berusia 3 minit, Aniya kemudian dihantar ke hospital Raja Perempuan Zainab II


Pemain Pasukan T-Team Meninggal Dunia


aniya meninggal



Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, pemain import Nigeria disahkan meninggal setelah mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.


"Kami menerima berita kematiannya pada jam 10.05 malam daripada penolong jurulatih, Azhari Salim yang mengiringi pemain berkenaan ke hospital.

"Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama untuk pasukan T-Team dan doktor juga memberi kebenaran kepada Aniya bermain walaupun dia sudah menjalani pembedahan pipi dua kali sebelum ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.


PUNCA KEMATIAN DAVID ANIYA PEMAIN T-TEAM


"Dia dikatakan mempunyai masalah komplikasi jantung namun kita tak boleh sahkan lagi sehingga bedah siasat dilakukan," katanya.

Pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Mohamad menghentikan permainan pada minit ke-60 selepas mendapat berita kematian pemain tersebut.

0 comment... add one now