Apa itu Terapi Cara Kerja ?

Jika anda sampai ke blog ini melalui carian google "Terapi carakerja" , maka anda sampai ke tempat yang betul.

Adakah anda ditawarkan kos Terapi Carakerja pada peringkat diploma mahupun ijazah.

Jika anda mendapat tawaran diploma, kemungkinan anda ditawarkan di Kolej Kesihatan Sg Buloh, KKM kan? Dan jika anda dapat peringkat Ijazah kemungkinan anda berada sama ada di UITM ataupun UKM.

[BACA : Bidang Terapi Cara Kerja di Malaysia ] Bercakap mengenai Terapi Carakerja, saya sendiri merupakan graduan Terapi Carakerja dari UKM.

Penulis bergraduasi pada tahun 2014. Jika anda dapat tempat di UKM, kirimkan salam saya pada penysarah-pensyarah Jabatan Terapi Carakerja di UKM.

Apa itu terapi carakerja?

Ramai yang tidak tahu apa itu terapi carakerja. Jika anda masuk ke dalam kos ini, anda akan diperkenalkan tentang definisi terapi carakerja. Anda akan cuba mengingatkan, bukan kerana anda faham, tetapi sebab ianya akan masuk dalam exam.

Jadi, biar saya terangkan mengikut bahasa saya sendiri mengenai bagaimana kefahaman saya dan definisi saya mengenai terapi carakerja.
ot

Definisi Terapi Carakerja
"Terapi carakerja adalah profesion yang akan membantu klien(pesakit) untuk mencapai tahap kepuasan dalam kualiti hidup mereka, dan membantu mereka untuk berdikari terhadap semua aspek kehidupan, tidak kira dari segi fizikal, emosi, spiritual. Ianya meliputi secara holistik."

Apa-apa tindakan yang kita lakukan bagi membantu klien mencapai apa yang mereka inginkan sudah dikira sebagai salah satu intervensi di dalam terapi carakerja.

Tetapi intervensi tidak sewenang-wenangnya dilaksanakan begitu sahaja, kita kena lakukan assessement dahulu dan mencari apa masalah pesakit, kemudian kita akan bertindak mengikut dapatan daripada penilaian yang kita lakukan.

opsss!

Nampaknya ni dah terlalu dalam sangat ni.. 

sampai di sini sahajalah penulisan ini. Tulis panjang-panjang pun takut nanti tak sengaja memasukkan term-term dalam OT yang anda tak fahami.

Kalau ada apa-apa nak tanya, komen je di bawah. Saya sedia membantu. 

1 comment... add one now

Anonymous Anonymous 17 May, 2016
salam,boleh saya tahu had kuota pelajar yg diambil oleh ukm bagi kos ini?adakah peluang pekerjaan bagi kos ini masih tinggi?