Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan Jun 2015

Berikut merupakan tema umum bagi matapelajaran Sejarah Kertas 3 SPM ulangan Jun 2015. Ini seperti yang telah diumumkan secara rasmi oleh lembaga peperiksaan Kementrian Pelajaran Malaysia.

lembaga peperiksaan
SPM ulangan

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan Jun 2015

Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah KemunculanNegara Malaysia BerdaulatWalaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya
dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju
walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

Berikut pula merupakan arahan kepada calon kertas 3 sejarah ulangan SPM

Arahan kepada calon kertas sejarah SPM Ulangan 2015 

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan
awal sebelum hari peperiksaan.

2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan
mengumpulkan maklumat berkaitan.

3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema
Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam
Sejarah 1249/3.

4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah,
akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah,
nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam
dewan/bilik peperiksaan.

7. Calon dinasihatkan supaya penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak
mengganggu calon lain.


Manakala berikut pula merupakan arahan kepada guru

Arahan kepada guru kertas 3 sejarah SPM ulangan 2015

1. Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu
sebelum tarikh peperiksaan.

2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang Tema Umum supaya calon
membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah
1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan
rujukan sebelum hari peperiksaan.

4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai dan mengenal
pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk
mencari maklumat pada hari peperiksaan.

5. Guru dilarang sama sekali menyediakan jawapan kepada calon dalam apa-apa
bentuk sekali pun.

6. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan
yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan
ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

0 comment... add one now