Respon Siti Nurhaliza Anak Mangsa Kemalangan DUKE Ingin Berjumpanya

Nur Firuza Amira merupakan anak arwah mangsa kemalangan DUKE tempoh hari. Nur Firuza menyatakan hasratnya untuk berjumpa penyanyi no 1 negara itu. Keinginan Firuza mendapat respon Dato' Siti apabila Siti mengeluarkan kenyataanya di laman Twitter rasmi miliknya.

Twit berkenaan berbunyi;

" InshaAllah...pasti bertemu.'
nur firuza dan siti nurhaliza

Terlebih dahulu memetik kembali kemalangan tempoh hari telah  meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia tujuh bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Pasangan suami isteri berkenaan meninggalkan dua orang anak, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.

0 comment... add one now