Kes Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Di Pasir Mas Kelantan 11.5.2015

Lelaki dibakar hidup-hidup di Pasir Mas Kelantan. Satu kejadiaan berlaku di Ladang Sawit, Cherang Tuli, Padang Pak Amat, Pasir Mas kelantan, seorang lelaki Ramu Avali, 39 meninggal dunia kerana dibakar hidup-hidup.
suspek pembunuhan pasir mas
Suspek berjaya ditahan sejam selepas kejadian


Menurut sumber yang diperolehi, ini merupakan kes bunuh. Polis telah menahan 5 suspek  berusia dalam lingkungan 20-60 tahun.


Suspek utama merupakan seorang kontraktor, dan isteri kontraktor berkenaan turut sama ditahan.

Motif pembunuhan dikatan disebabkan oleh perselisihan faham. Kronologi kes ini adalah seperti berikut.

Kronologi kes bakar hidup-hidup di Pasir Mas Kelantan

1. Mangsa dipercayai dipukul terlebih dahulu.
2. Menyangkakan mangsa telahpun mati, mangsa dibawa ke sebuah kebun di Pasir Mas untuk dibakar.
3. Tetapi, mangsa tersedar semasa dibakar dan meronta-ronta.
4. Rontaan mangsa menyebabkan ianya didnegari oleh seorang wanita, kemudiannya membuat laporan polis.


0 comment... add one now