Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Arab Serta Maksud

Doa selepas solat dalam rumi. Selepas solat, kita akan menadah tangan untuk berdoa meohon keampunan kepada Tuhan juga meohon diberikan hidayah dan semoga mendapat syurga dan dijauhkan api neraka.
Berikut merupakan doa ringkas yang boleh diamalkan. Saya telah menulis dalam tulis rumi sekali bagi mereka yang kurang fasih dalam membaca tulisan arab. Moga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.


Doa Selepas solat dalam rumi dan Arab


Bacaan ruminya:

Bismillah hirahman nirrahim.

Alhamdulillah hirabbil alamin, wassola tu wassalamu ala saidina muhammad asrafil mursalin.
Wa a'ala alihi wasobbihi ajmain.

Allahumma ahyina bil iman, wa amit na bil iman, wa adkhilnal jannahta maal iman.

Allahummagfrilana zunubana waliwalidaina, warham huma ka rabbayana sogira.

Allahumagtimlana bihusnilkhotimah, 
wa la tahtim ala'ina bi suil khotimah, 
rabbana la tuhzigh qulu bana, 
bahdaizhadaitana, 
wahablana milladun karahmah, Innaka antal wahab.

Rabbana atina fiddunya asana,  
wafil aakhirati hasana waqina a'za bannar.

Wassalllalahuala saidina muhammad wa a'la alihi wasobihi  wassalim, walhamdulillah hirabbil alamin.


Maksud Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

0 comment... add one now