Contoh Surat Tunjuk Sebab Yang Mudah Dan Terbaik

Contoh surat tunjuk sebab. Surat tunjuk sebab adalah amat penting dalam pekerjaan Surat tunjuk sebab perlu ditunjukkan kepada majikan jika kita tidak datang berkerja. Ataupun jika kita tidak dapat datang ke kursus-kursus tertentu. Surat tunjuk sebab boleh dibuat mengikut situasi yang anda inginkan.

Berikut merupakan contoh surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik.

Contoh Template surat tunjuk sebab mudah dan terbaik


Ahmad Bin Jailani
……………………
……………………
……………………
05 Februari 2017
ABC XYZ Sdn.Bhd
……………………
……………………
……………………
Tuan,
PERKARA:  SEBAB TIDAK HADIR
Saya ingin menjelaskan sebab tidak hadir ke tempat kerja pada 04 Februari,2017.
2. Pada malam sebelumnya saya telah jatuh sakit (demam) mungkin disebabkan jangkitan dari rakan sekerja lain. Disebabkan tiada sesiapa dirumah kerana isteri pulang ke kampung , saya tidak dapat pergi ke klinik untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Justeru itu,saya juga tidak ingin menyebarkan jangkitan ini kepada rakan sekerja.
Saya amat mengharapkan tuan menggantikan cuti saya tanpa sijil cuti sakit dengan cuti am dimana saya sanggup menebusnya dengan bekerja pada hari hari cuti am nanti.
Sekian,terim kasih untuk keprihatinan tuan.
Yang Benar
……………….
(Ahmad Bin Jailani)



surat tunjuk sebab

4 comments.. read them below or add one

hpmurah2u hpmurah2u 18 May, 2015
first time masuk blog ni...jeles tengok ada ads adsense dalam blog ni..:) mohon beri tunjuk ajar nak lulus adsense...tenkiu
Musadun Musadun 03 June, 2015
hpmurah2u..boleh.tak ada masalah.
Musadun Musadun 03 June, 2015
hpmurah2u..boleh.tak ada masalah.
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 12 September, 2015
Tak pernah buat surat tunjuk sebab, so baru tahu formatnya cam ni...:)