Cara Solat Sunat Istikharah Niat, Tatacara Dan Doa

Solat Sunat Istikharah

Solat sunat istikharah dilakukan untuk memohon petunjuk dari Allah. Ianya dilakukan terutama bila buntu dalam meilih dua atau lebih keputusan dan mengharapkan mana yang terbaik.

Seseorang sebelum membuat apa-apa keputusan, tidak kiralah keputusan untuk memilih jodoh, keputusan menyambung pelajaran, keputusan melibatkan keluarga dan rakan-rakan adalah dianjurkan untuk solat istikharan.

Berikut merupakan tata cara melakukan solat sunat istikharah


Tatacara dan Niat Solat Istikharah

1. Cara pelaksanaan solat istikharah sama sahaja seperti solat subuh, cuma niatnya sahaja yang berlainan. (Berniatlah solat istiikharah)
2. Adalah baik dilaksanakan lewat malam dan tidurlah terlebih dahulu.
3. Solat ini bersifat peribadi oleh kerana itu, solatlah bersendirian.
4. Solat ini tidak perlu untuk azan mahupun iqamah.
5. Dalam berdoa, sebaiknya ucapkan :"Ya Allah, jika engkau mengetahui urusan ini .....(sebutkan perkara yang diragukan)


Selesai solat, bacalah doa berikut yang dianjurkan oleh Rasulullah saw.

Doa selepas solat istikharah


doa selepas solat istikharah

Maksud Doa:

" Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihanMu dengan ilmuMu, dan aku mohon kepastian kepadaMu dengan kekuasaanMu, sesunguhnya engkau maha kuasa, Engkau maha tahu dan maha mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jika engkau mengetahi urusan ini baik bagiku untuk agamaku, untuk penghidupanku, dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berlah bagiku.

Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku, dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya.

Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku di mana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya.

0 comment... add one now