Tanda dan Simptom Demam Denggi

Tanda demam denggi. Amat membimbangkan juga bila kes demam dengggi meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini. Iaitu sebanyak 32,535 kes demam denggi dilaporkan seperti di dalam akhbar awani ini.  Peningkatan ini sangatlah tinggi iaitu mencecah sehingga 37% peningkatan. Tinggi bukan?
Baiklah, kali ini kami akan berkongsi berkenaan tanda demam denggi yang perlu anda tahu.

Sebelum ini, mari kita lihat apakaah definisi demam denggi.

Definisi Demam Denggi


Demam denggi didefiniskan sebagai satu penyakit jangkitan virus yang dibawa oleh gigitan oleh nyamuk aedes.Terdapat 4 jenis virus denggi yang boleh menjangkiti manusia iaitu DEN1, DEN2, DEN3, DEN4.

Maksudnya di sini, seseorang itu boleh dijangkiti lebih dari sekali demam denggi kerana seseorang yang telah sembuh daripada demam denggi hanya imun terhadap virus yang mereka pernah hidapi sahaja dan bukannya 3 virus lain.
TANDA DEMAM DENGGI

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI

10 Tanda Demam Denggi


  • Demam terjadi pada hari ke-3 hingga ke 14 selepas didigt nyamuk.
  • Demam mengejut
  • Sakit kepala
  • Sakit pada bahagian belakang mata
  • Sakit otot-otot
  • Demam mencapai suhu 40C-41C
  • Boleh menyebabkan sawan pada budak bawah umur 6 tahun.
  • Ruam muncul pada hari ke-3 dan ke 4
  • Muntah
  • Kurang selera makan

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas ini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana denggi ini tidak mempunyai ubat khusus seperti sakit lain.

0 comment... add one now