Cara Mengajar Anak Mengurus Kewangan

ringgit duit


Mengajar anak-anak kemahiran menguruskan kewangan merupakan satu perkara yang agak mencabar. Tetapi dengan sedikit perancangan, anda boleh mengajar anak anda untuk menguruskan kewangan secara bijak.

Cara Mengajar Anak Mengurus Kewangan


Beri Elaun

Memberi elaun kepada anak merupakan satu mekanisma yang berguna untuk memberi peluang kepada anak menguruskan sejumlah kecil wang. Walaubagaimanapun, terdapat banyak perkara yang kena diambil kira di dalam memberi elaun kepada anak-anak, antaranya.

  • Adakah anda memberikan setiap minggu? Setiap bulan? Atau bagaimana.
  • Bagaimana cara anda 'track' perbelanjaan anak anda.

Mana yang sesuai untuk anda dan anak anda di dalam memberi elaun ini akan mengambil sedikit masa untuk mengetahuinya. Tambahan, nilai elaun yang diberi itu bergantung kepada umur anak kita. Sebagai contoh, anak yang berumur 5 tahun akan diberikan RM10 seminggu untuk dia belanjakan. Manakala anak yang berumur 14 tahun mungkin diberikan RM30 seminggu untuk belanja persekolahan, makanan, dan barang keperluan sendiri.

Urus elaun ini dengan memberitahu mereka syarat yang patut diikuti sepanjang memiliki duit elaun mereka.Cotnohnya

  • Setiap akhir minggu atau bulan, wajib ada simpanan sendiri sebanyak 5% daripada duit elaun.
  • Si anak tidak boleh meminta barang lain dari ibu bapa contoh ketika keluar membeli belah.

Mula memberi elaun kepada anak anda seawal 5 tahun. nescaya anda akan melihat satu perubahan yang positif anak di dalam menguruskan kewangan.

0 comment... add one now