Ibu Bapanya Meninggalkannya 36 Jam Lepas Lahir Bila Melihat Wajahnya. Tetapi sekarang Dia Ada Kisah Yang Hebat.

Setiap orang inginkan hidup bersama ibu bapa dan tidak ingin keseorangan.  Tetapi hidup
John  Lancaster berbeza dari yang lain. Dia dilahirkan dengan sindrom yang jarang dihidapi orang iaitu Sindrom Treacher Collins. Sindrom yang menjejaskan rangka muka seseorang dan mengakibatkan perubahan besar pada raut muka.

Sindrom yang langsung tidak mempengaruhi kepintaran dan akal seseorang, tetapi ianya tidak mempunyai penawar.

Lancaster, ditinggalkan ibu bapanya ketika berumur 36 jam selepas sahaja dilahirkan. John membesar dengan keadaan tertekan kerana dibuli dan pandangan masyarakat terhadap dirinya.


Bila dewasa, John Lacester mendapati dia mempunyai 2 orang adik beradik lain. Dia berjaya menjejaki mereka menggunakan Facebook. Tetapi apa yang terjadi adalah keluarganya masih lagi menolaknya.

Dan kini Lacester menjadi seorang ikon di seluruh dunia bagi orang yang kurang bernasib baik mendapat sindrom sepertinya. Dia memberikan semangat dan motivasi kepada ibu bapa dan juga penghidap sindrom ini. Dia mengatakan yang kita kenalah belajar menerima bagaimana diri kita dan jangan rasa rendah diri.

2 comments.. read them below or add one

Anonymous Anonymous 15 March, 2015
sape plak potong bawang kat sini nih..??