Siapa Pemilik Dan Negara Asal Popiah

Siapa pemilik popiah? Atau secara spesifiknya lagi dari negara mana popiah berasal? Sebelum kita pergi lebih lanjut, suka saya untuk memberi definisi apa itu popiah.

Popiah menurut kamus wikipedia ialah satu jenis makanan yang digulung dimana ianya mengadungi bahan-bahan mengikut citarasa masing-masing,

Popiah terkenal di negara Taiwan, China, Malaysia, Filipin dan juga Singapore. Kuih popah sesuai dijadikan juadah bersarapan, berbuka puasa, minum petang dan juga majlis-majlis ringkas seperti mesyuarat.
popiah basah sedap

Popiah di Malaysia selalunya dihidangkan dalam bentuk goreng. Ianya boleh didapati di gerai-gerai, kantin, mahupun kafe pejabat. Ianya menjadi kesukaan ramai orang terutamanya golongan pejabat kerana ianya senang untuk diisi di dalam uncang plastik dan dibawa masuk ke dalam pejabat secara terangan-terangan mahupun bersembunyi.

Persoalannya, negara mana pemilik popiah ini? Jika mengikut wikipedia, Indonesia tidak termasuk dalam senarai. Tetapi jika rakyat Indonesia masih juga berkeras, mungkin kita boleh melakukan 'nego' sedikit.
popiah goreng sedap


Seperti diketahui ramai ada dua jenis popiah yang terkenal iaitu popiah goreng dan popiah basah. Biar Indonesia ambil sahaja hak cipta popiah basah, dan berikan popiah goreng kepada Malaysia. Macam tu baru adil kan?

Baiklah, jika masih rasa tak puas hati, komen di bawah ketidakpuasan hati anda ataupun boleh cadangkan 'nego' lain yang kita boleh lakukan.

Salam popiah 1 Malaysia

0 comment... add one now