Resepi Udang Sambal Sedap

resepi udang masak sambal sedap


Sambal Udang  Resipi :  Zalina Yahaya FB 

Bahan A : 
3 ulas bawang besaq (lebih pun tak pa) 
5 ulas bawang putih (lebih pun tak pa)

 Bahan  B:

 3 sudu besaq cili bo (saya tak kosa nak rebuih cabai kering pastu nak mesin plak..tak kosa)
 Tips:  saya guna cili bo cap Maz (bukan sebab senior vice presiden saya nama kak Mas yea..


tapi sebab saya TERDENGAR perbualan tokey-tokey kedai nasik lemak masa saya tengah beli barang runcit. Depa kata cili bo cap Maz ni merah dia cantik. Maka saya pun beli. 


Bahan C: 

Asam jawa (sebesar teloq kuning gred A - rendam angan ayaq) 

BahanD: 1 camca besar gula 1 camca teh garam (tak cukup tambah laa) 

Bahan E : 

Udang 

Cara: 


  1.  Hiris bawang. Tak yah nak buat rajin nak guna blender.
  2. Tomih bawang. Minyak banyak sket pun tak pa. Biaq layu sket 
  3.  Boh cili bo
  4. Tutup kuali. Kacau sekali sekali sampai bawang hancur. Api slow. Memang lama sket...klu boring, sila layan FB 5. Bila bawang dah hancoq, boh la ayaq asam. Kacau lagi sampai pecah minyak 6. Boh perasa. Boh udang. Siappppp

sumber http://mas-dapurmas.blogspot.com/2014/02/resipi-sambal-udang-yang-sedappppp-dan.html


0 comment... add one now