Permohonan Online Biasiswa kerjaan Negeri Sabah (BKNS) 2015

permohonan BKNS 2015

Borang permohonan BKNS 2015

Permohonan bagi mendapatkan biasiswa kerjaan negeri Sabah 2015 telah pun mula dibuka. Anda bolehlah melayari laman http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp  untuk mula mengisi borang.

Berikut merupakan panduan bagaimana membuat permohonan  http://www.biasiswa.sabah.gov.my/KaedahPermohonan.asp

Syarat Kelayakan Biasiswa Sabah 2015


  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  2. Bagi Diploma umur pemohon mestilah tidak melebihi 20 tahun manakala 25 tahun bagi Ijazah.
  3. Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
  4. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00
  5. Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.50
  6. Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda.
  7. Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM / Diploma / Matrikulasi.

Bidang Pengajian Ditawarkan Biasiswa


  1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
  • Sains Komputer
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Kejuruteraan
2. Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Tempatan


  • Perubatan
  • Pengajian Islam
  • Pergigian
  • Matematik
  • Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
  • Farmasi
  • TESL (Teaching English as a Second Language)
  • Kejuruteraan
  • Psikologi
  • Ukur Bahan
  • Sains Komputer
  • Seni Bina (Architectural)
  • Ekonomi
  • Sains dan Teknologi Makanan
  • Perakaunan
  • Sains Bioteknologi
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Akuakultur
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Biologi Marin
  • Muzik
  • Sains Alam Sekitar
  • Pengurusan Ladang
  • Pengurusan Ladang
  • Pertanian
  • Perikanan
  • Perhutanan
  • Undang-Undang




0 comment... add one now